Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ahad, 10 Julai 2011

Pantang Larang Breastfeeding


Kepercayaan Karut Menyusukan Anak yang dipercayai dan diterima pakai oleh ibu-ibu pada zaman dahulu:-
1) Dilarang menyusu pada waktu senja, bayi diganggu makhluk halus. Aku kira, apabila anakku lapar, akanku berikan susu tidak kira waktu. hal makhluk halus itu aku berlindung dengan Allah dari syaitan yg direjam.
2) sebelum menyusu hendaklah diperah keluar sedikit untuk membuang susus basi. walhal, susu yg kelihatan kuning dan kental itu adalah kolustrum atau susu awal yang baik bagi bayi.
3) Lepas bersalin perlu disiplin memakan jamu dan masakan herba bertonik bagi menggalakkan pengeluaran susu. tidak semua jamu tradisi sesuai untuk bayi kerana ia akan mendatangkan kesan negatif kepada bayi seperti panas badan, demam kuning, cirit-birit dan sebagainya.
4) Susu badan tidak mencukupi untuk bayi. Oleh itu, perlu diberikan pisang lecek ataupun nasi. Susu badan sudah mencukupi apabila diberi dengan cara yang betul dan teratur.
5)Kaum India pada masa dahulu percaya susu awal iaitu kolostrum perlu dibuang. Anak perlu diberi makan madu dan minyak sapi bagi mengeluarkan najis meconium dan tunggu selepas 5 hari sebelum diberi minum susu badan. Kita semua tahu kebaikan susu awal bukan?
6) Di kalangan masyarakat Tiong Hua, menyusukan anak di hadapan khalayak ramai adalah pantang. malah, menyusukan anak dianggap suatu yang jijik. Kini, sudah ada banyak kemudahan untuk menyusukan anak jauh dari tontonan umum.
7) Mengawal pemakanan ibu semasa dalam pantang dengan memberinya nasi dan ikan kering serta air yg sedikit. Waktu inilah sepatutnya makanan berkhasiat diberikan kepada ibu-ibu. Mengapa perlu menyeksabadan?

Sumber ini dipetik dari Buku Menyusu Si Permata Hati ( Editor Intan Nazrahayu Nasir).

Buku ini saya rasa sangat sesuai dibaca oleh ibu-ibu menyusukan anak dan bakal2 ibu yg berniat mahu menyusukan anak nanti coz byk pengalaman2 menarik yg dikongsi bersama... Moga Perjalanan Kita untuk Menyusukan Si Permata hati sentiasa diredhai dan dipermudahkan  Allah s.w.t. Amin.......