Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 18 Mac 2014

3rd Birthday of Qaisara

Tanggal 10 Mac 2014 baru ni, genap la usia puteri sulung kami 3 tahun, Nur Irdyna Qaisara. Alhamdulillah qaisara membesar dgn sihat dan cerdas. Tiada apa yg mengembirakan saya dan suami selain drpd melihat ank2 membesar di depan mata sendiri.Malah tahun ni lebih bermakna apabila qaisara juga telah memiliki saudara kandung sendiri. Kami juga sgt happy sbb impian dan harapan kami selama 4 tahun ini akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah swt pd penghujung tahun lepas. Akhirnya kami sekeluarga dapat tinggal bersama2. Bersyukur sgt2 setelah 4 tahun akhirnya kami dpt membina keluarga kami sendiri.
Ok la, berbalik pd cerita sambutan hari jadi qaisara tahun ni, kami suami isteri dua2 dah excited coz tahun ni boleh la sambut birthday on that day sbb dah duduk bersama, kalo tak sebelum ni tiap kali birthday mesti buat belated je huhu.. Lgpun masa birthday qaisara yg ke 2 tahun dulu, kami hanya belikan hadiah tp xsempat nk celebrate coz waktu tu saya mmg tak larat sbb sdg melalui fasa2 first trimester (mengandungkan yusuf ar rayyan). Jadi tahun ni, awal2 lg husband dah pesan kat saya suruh buat jgak smbutan birthday utk qaisara. Birthday celebration kali ni kami buat di kalangan keluarga sahaja. Ajak sepupu2 qaisara sekali baru la meriah cikit hehe..  Simple celebration tp yg penting qaisara happy itu yg saya dan suami inginkan.  Birthday qaisara tahun ni jatuh ari isnin, so klam kabut cikit la coz balik sek pukul 4 terus berkejar pergi beli kek n bahan2 utk masak. Sampai2 rumah terus masuk dapur. Menu simple je Mee goreng n a few side dish. Alhamdullilah cukup la utk fmly kecil saya.. Sgt seronok bila kami lihat qaisara happy dgn sambutan birthday kali ni walaupun sgt simple. Kira terbalas da la hutang mama n papa tahun lepas pd qaisara ye hehe..
Keletah di usia 3 tahun lak mmg pelbagai ada yg menhiburkn hati dan tak kurang juga yg menguji kesabaran mama n papa. Adat la budak nk membesar ni kerenahnya mcm2. Apa2 pun ini la pengalaman yg tidak ternilai buat mama n papa. Semakin hari semakin pndai berkata2 kdg2 ada yg tak terjawab oleh kami berdua huhu.. Alhamdulillah sebelum usianya mencecah 3 tahun qaisara juga dah berjaya utk 'pampersless'. Walaupun belum fully meninggalkan pmpers tp ini pun dah merupakan perkembangan yg bagus bg kami. Walaupun mungkin tidak sehebat or sepetah knk2 lain yg seusia dgnnya tp mama n papa cukup bangga dgn qaisara. Harapan kami suami isteri semoga qaisara sentiasa berada dibawah lindunganNYA, membesar dgn sihat dan cergas, menjadi ank yg solehah serta mampu membimbing dan menjadi contoh teladan yg baik buat adik2nya kelak:-)
Happy Birthday Our Sweetheart
Potong kek ngan sepupu2
potong kek ngan sepupu2
dgn sepupu plg kamcing;-)
bersama kakak2, xcukup corum, sorang xbalik ada di putrajaya
3rd birthday cake yg simple..
happy time!!!
saya pun nk enteprem gak mama!! (5 months of Yusuf Ar Rayyan)

Khamis, 6 Mac 2014

Detik Kelahiran Muhammad Yusuf Ar Rayyan (Part 2)

Sambung en3 part 1.....
Qaisara juga selalu pujuk mama supaya jgn nangis, "mama jgn nangis tau, yaya kan ada" .Hehe...mmg cmtu la perangainya sgt2 rapat dgn mama.. Plg terharu bila qaisara seperti paham keadaan saya waktu tu.. Dihujung2 kehamilan emosi mama dah tak stabil, selalu je qaisara jd mangsa amarah mama huhu, mybe mama stress( waktu tu byk perkara yg perlu dipkkan, mklum la saya ni tak sama dgn org lain yg boleh bergantung harap pd suami, faktor jarak masih lg menjadi penghalang utama antara papa n mama). Tetapi alhamdulillah sbb qaisara sgt2 behave waktu ni walaupun 'peel' n ragam nk dapat adik tu tetap ada...
4/10/13(Jumaat)-39weeks 3days-

Pagi 4/10/13, dlm pukul 1pg, contraction dah mula menyerang, tiap kali rasa contraction, mama akan tgk jam, namun rasa sakit je yg makin bertambah tetapi contractionnya masih lg tidak konsisten, kdg2 setengah jam sekali, kdg2 10 minit sekali huhu..(actually keadaan ni selalu berlaku since 36 weeks lg). Sakitnya perut waktu tu,rasa cam nk meraung je tp mama tahan lg coz xnk kejutkan org lainwaktu pg2 ni.. Daripada pukul 1pg sampai la ke pukul 4@5pg mama masih lg menahan rasa sakit huhu.. Ikot ke hati waktu tu rasa nk kejutkn aje 'ma n abah' utk ajk ke hospital tetapi bila memikirkan mungkin akan di tahan di wad lebih lama, mama batalkn saja hasrat tersebut. Selepas pukul 5 pg, baru la mama terlena.
9pg
After breakfast,  mama duk baring2 sambil layan fb, n tba2 rasa cm ada air keluar sedikit dibhgian bwh, bila mama tgk ada setompok kesan air pada kain yg mama pakai waktu tu, masa ni dah confius dah, air apa ni?? Nk kta keputihan cm agak byk, tp nk kta water bag cm x sama lak ngan pengalaman waktu pecah ketuban before deliverkn qaisara dulu, masa qaisara dulu air ketuban mmg kelua cm air paip tu, mencurah2 tp yg ni cikit je n masa ni tak rasa pun sakit lg. Tp sbb still risau, mama btau kt mak, n mak pun terus call ayah yg keluar waktu tu utk btau keadaan mama. Sementara tggu ayah balik, mak suruh mama mandi n  bersiap2 utk ke hospital.

10pg
On the way ke htaa, sebelum tu smpt hantar qaisara kt umah pengasuh dulu, sayu hati tgk qaisara sbb takot xjumpa dah ngan dia pasni huhu... Masa on the way ke hospital ni juga bru mama kol papa. Masa ni rasa sakit cuma mild2 saje. Air pun xde dah klua cuma sedikit td je. Sesampai di htaa terus ke pusat bersalin risiko rendah, masuk daftar n tggu doc panggil utk check jln n wat ctg. Selepas menunggu lebih kurang 1 jam lebih(biasala kt pusat bersalin risiko rendah ni mmg ramai org), baru la doc panggil, prosedur seperti biasa, buat ctg dulu, masa wat ctg ni nurse btau bacaan tak cantik, mcm2 gaya pusing kiri la, kanan la still x cantik, mybe jgak sbb baby tido(yela dah berjaga sepanjang malam of course la siang nya tdo baby kan hehe).

12tghari
Lama jugak la wat ctg, selepas ctg, barula doc dtg utk check jln, n doc kta jln baru bukak 1.5cm, so katanya lmbt lg mama nk bersalin mybe 2-3ari lg. So, doc bg balik dulu(sebenarnya doc de bg pilihan kt mama samada nk masuk ward or nk balik, tp semestinya la mama nk balik, coz leh jumpa ngan qaisara lg huhu), katanya kalo rasa sakit konsisten @turun tanda baru dtg hospital balik, kalo tiada tanda2 lg dtg semula selepas 7hari overdue huhu. Bila dgr doc kta perkataan overdue terus rasa takot huhu.. Sebelum balik, doc panggil semula untuk wat scan, n keputusan scan semuanya ok so doc conclude air yg keluar pg td bukan water bag.

1ptg
On the way balik rumah, ayah dah start membebel coz ktanya patot mama warded je terus, risau katanya tkot jd apa2 coz jarak rumah kita ke hospital pun makan masa lebih kurang 40minit gak huhu.. Kol papa btau mama tak warded, so papa decide after solat jumaat baru nk bertolak balik. Sebelum balik, singgah lunch dulu, masa ni mama dah start rasa balik sakit contraction, tgk jam setiap 15minit sekali, dlm hati aaah sudah xkan nk beranak dh kot td bru doc kta lmbt lg huhu, nk patah balik ke hospital ke?? Mama still bertahan waktu ni. Selepas lunch terys gi amik qaisara kt umah pengasuh, pengasuh lak terkejut npe awl sgt ambik, ktanya xpela tggalkn aje qaisara kt umah dia, tp mama berat hati nk jgak bwk blik qaisara.
3ptg
Sesampai di rumah, sakit makin kuat, rasa dah tak mampu nk wat apa2, telefon papa suruh balik segera. Dalam masa yg sama qaisara wat perangai, tba2 je menangis nk tdo dlm buai sedangkn buai dia dah lma simpan masuk stor huhu... Part plg mama pelik bila qaisara menangis2 nk pakai pampers baby, xlrt nk dgr mama pakaikn jugak qaisara ngan pampers newborn baby waktu tu... Masa ni dah rasa tak sedap hati je... Rasa sakit perut plak makin menjadi2. Tgk jam masa ni sakit dah 10 minit sekali, tapi mama still bertahan, dlm hati berkeras xnk pergi hospital lg, nk tggu papa smpai dulu. Tiap kali dtg rasa sakit mesti mama akan pandang jam huhu..
7ptg
Masih lg melayan rasa sakit, sampaikn qaisara pun mama dah tak layan dh. Papa sampai n tgk mama dah berkerut2 tahan rasa sakit. Papa ajak terus ke hospital tp mama still berkeras xnk pergi lg. Dpt panggilan telefon dr kakak ipar papa katanya dah smpai di terminal makmur. Diorg mmg dah plan dtg dr kelantan nk bermlm di rumah coz nk menghadiri majlis konvokesyen ank saudara husband di UMP keesokkan harinya. Plan mama leh la join pergi mjlis tersebut tp cm xde harapan je huhu..  Mama desak papa suruh pergi fetch diorg dulu sedangkn waktu tu papa dah decide nk hntar mama ke hospital n mtk tlg ayah yg fetch diorg..Mama btau papa leh bertahan lg...

8mlm
Diorg semua dah smp di rumah. Agak terkilan juga waktu tu sbb mama tak mampu nk melayan tetamu yg dtg huhu.. Masa ni papa masih lg pujuk mama utk ke hospital, tp mama masih berdegil. Qaisara pun dah tertdo waktu ikut papa ke terminal td, dlm hati mama mungkin ni la masa yg sesuai utk ke hospital coz qaisara xsedar yg mama keluar. Jadi mama pun terus pergi mandi n bersiap2. Sebelum keluar, mak paksa mama mkn dulu. Rasa sakit dah menguasai jd mama dah hilang selera mkn tp disebabkn risau takot tiada tenaga waktu nk meneran nanti, mama paksa jugak diri utk mkn. Lepas siap mkn, mama masih lg melengahkn2 masa nk ke hospital, ntah kenapa rasa berat hati nk ke hospital. Dlm masa yg sama qaisara terjaga.. Last2 sekali semua org berkumpul masuk bilik mama pujuk mama utk ke hospital, dlm berat hati mama bangun jgak, tgk muka qaisara terus mama menangis, qaisara pun dah start merengek2 nk kan mama. Mama sempat salam ngan semua org, mak, ayah, ode n kakak ipa papa. Tak sanggup tgk muka qaisara lama2 terus mama masuk dlm kereta.
9.30mlm
On the way ke hospital, papa sempat lg buat2 lawak nk menceriakn mama huhu... sampai di htaa terus ke pusat bersalin risiko rendah sekali lg. Prosedur sama spt pg td, tggu doc panggil utk wat ctg n check jln. Doc check jln ktanya jln dah buka 4cm so mama kena admited.pengalaman kali ni xsama dgn yg dulu sbb kali ni mama akn warded n bersalin di wad berisiko rendah ni berbanding dulu di high risk.Doc btau kna tggu air ketuban pecah sendiri baru leh masuk labour room @jln dah bukak full doc tlg pecahkn ketuban. Settle je papa uruskn register kemasukan ke ward, baru la leh masuk ke ward. Sementara menunggu td beberapa kali jgak mak telefon ke papa btau yg qaisara menangis tak henti2 sambil panggil mama huhu sedih sgt masa ni. Papa pun serba salah waktu tu samaada nk balik tgk qaisara or tggu mama kt hospital.
11.30mlm.
Baru leh masuk ward selepas semua prosedur dibesreskn. Disebabkn kesian tgk mama menahan rasa sakit papa wat keputusan utk turut menunggu mama di hospital walaupun suami tidak dibenarkn masuk ward huhu. So mama dl ward n papa menunggu dlm kereta coz katanya di ruang lobi menunggu tu pun guard halau tak bg duduk kt situ, ntah apa2 kan. Kesian kt papa , mesti papa penat, dah la drive jauh dr kl. Sampai2, tak smpat berehat dh kna ke hospital hntar mama n kna tggu dlm kete plak tu huhu.

5/10/13 sabtu-39weeks 4days

12tghm mlm

Sakit mkin kuat. Nk tdo mmg tak dpt la waktu ni, pusing kanan tgk kakak kt katil sebelah pun tgh mengaduh sakit. Mama plak tiap kali rasa sakit contraction dtg mama akn berjalan keliling ward yg secoet tu. Nk duduk pun tak selesa dah waktu ni.. Dlm pd sibuk melawan rasa sakit tu, smpt lg mama call mak di rumah tanya perkembangan qaisara, alhamdulillah mak kata qaisara dh berjaya'ditidokn' huhu cian kat qaisara, first time tdo mlm tanpa mama...
1-3pg
Masih lg belum lena. Rasa sakit makin kuat. Tba2 mama rasa ada air keluar, kali ni byk sedikit drpd pg td. Mama biarkn saja waktu tu. Tp makin lama, makin byk plak rasa air yg mengalir. Terus mama ke tandas. Di tandas mama dapati air yg keluar bercampur dgn lendir dan darah. Keluar dr tandas terus inform nurse. Nurse suruh terus masuk labour room. Kat sini labour room berdepan je dgn katil ward kita. Kalo duduk katil no 4, so kna la masuk labour room no 4.Masuk la sendiri dlm labor room, xde guna2 wheel chair ok..
3pg
Around pukul 3pg mama dah berada dlm labour room. Nurse ada btau, sbb mama dah pecah ketuban so kna tggu doc dtg utk check, nurse xbleh wat apa2, kalo tak prosedur di sini biasanya bersalin dgn nurse je. So menunggu la mama dlm labour room tu sorang2 huhu. Nurse dah tak tau ke mana dah, sibuk dgn pesakit lain kot. Waktu menunggu dl labour room ni air ketuban dah mencurah2 kelua. Tiap kali rasa sakit contraction dtg waktu tu jgak aircakan mencurah kelua. Disebabkn takot nak berbaring, (sbb tiap kali rasa contraction dtg mama dah rasa nk meneran),mama just duduk je atas katil tu. Yela buat nya waktu terteran tu baby kelua kan bahaya tu sbb mmg mama sorang2 dlm labour room tu.
4pg
Masih lg berseorangan dlm labour room, nurse ada dtg sekejap, katanya dia dh panggil doc tp doc tgh sibuk dgn kes emergency huhu. Mama dah tak  tahan melawan rasa sakit sehinggakn mengalir jga air mata. Air ketuban masih lagi keluar, waktu ni mama dah rasa sgt2 tak sedap hati sbb air ketuban yg keluar tidak jernih tetapi kekuning2an. Mulut juga tak berhenti2 dgn lafaz la iila haiilanta... 
5pg
Nurse ada dtg menjenguk n waktu tu jgak mama btau dia yg mama dah tak tahan n dah rasa nk meneran. Baru la nurse tu kelam kabut nk check jln hokey!!!  Tak sempat check jln lg nurse dah terkejut tgk air ketuban yg berwarna kuning, terus nurse inform mama yg baby dah berak dalam perut. Ya Allah, tak dpt nk gmbrkn perasaan mama waktu tu. Risau, sedih, takot semuanya bercampur aduk.  Nurse terus bergegas inform doc mengenai keadaan mama. Dlm masa yg sama mama sempat telefon papa utk panggil dia masuk ke labour room selepas dpt green light dr nurse.  Dlm pukul 5lbh cmtu doc n papa masuk serentak. Doc juga inform papa yg baby dah berak dlm perut so pelbagai kemungkinan boleh berlaku.  Doc drip wat masuk antibiotik di tangan mama.  Nurse check jln ktanya 6cm, terus doc suruh mama start teran. Yg ada dlm bilik just mama, papa, 1 nurse n 2 doc. Mama start teran tp 2-3kali cubaan mama gagal. Yela mana nk ingat dah tekniknya,  Doc dah start marah2 mama waktu ni sbb mama teran tak habis n angkat punggung. Sebenarnya waktu ni tenaga mama dah habis, mama dah tak berdaya, dah lama sgt berada dlm labour room keseorangan.. Mama tahu doc marah mama tu sbb dia nk mama teruskn semangat sbb katanya nyawa baby sekarang bergantung pada kekuatan mama.Doc kta kalo tak lepas juga mama akn ditolak utk emergency csec. Waktu ni jgak mama dah surrender rasa dh tak mampu nk meneran, sakitnye hnya Allah yg tahu. Mama dah start menangis teresak2. Di hati mama berdoa agar Allah selamatkn baby n mama tak kisah dh dgn nyawa mama sendiri..Papa masih setia di sisi memberi kata2 semangat pada mama
6pg
Selepas azan subuh entah dtg darpd mana, tba2 mama seakan dpt kmbali semangat mama utk meneran walaupun dah kehabisan tenaga dan akhirnya setelah berkali2 mencuba akhirnya mama berjaya juga melahirkan permata hati kedua mama ini pada pukul 6.11pg.. Doc just angkt baby tunjuk pd mama n suh mama btau jntina apa, selepas tu terus doc bwk baby ke bilik pemantauan. Disebabkan baby dah berak di dlm perut pemantauan 24 jam perlu dilakukan oleh pakar kanak2. Proses seterusnya diambil alih oleh nurse. Alhamdulillah mama dpt nurse yg sgt baik semasa proses bersalin kali ini, sepanjang mama menangis dia ajr mama utk berselawat dan beristigfar. Proses kelahiran kali ini mmg tidak menggunakan sebarang bantuan, tiada ubt penahan sakit, tiada gas etonoks malah part yg plg bersyukur bila tiada guntingan episiotomi dilakukan. Semuanya mama lalui  secara semulajadi. Pengalaman yg berbeza dibandingkn dengan kelahiran sulung dulu. Proses jahit pun tak lama coz lukanya sedikit sahaja mybe juga disebabkn tiada proses guntingan td.
7pg
Mama masih dlm labour room, papa masuk kmbali dlm labour selepas solat subuh dan azakn baby. Papa hanya boleh azankn baby di tempat yg khas utk baby. Mama masih belum boleh susukan baby waktu ni, sedih sgt rasa rupanya ni salah satu cabaran baru mama sbb perjalanan penyusuan muhammad yusuf ar rayyan rupa tidak semudah yg mama bayangkn. Insyaallah ada masa mama akan ceritakn pula perjalanan penyusuannya.. Alhamdullilah setelah mengharungi saat getir td bersyukur kerana semuanya masih lg dipermudahkn oleh Allah utk mama membawa seorang lg umat Nabi Muhammad saw ke dunia ini. Moga yusuf ar rayyan membesar menjadi ank yg soleh, aminn
fresh.. baru keluar dr labour room
hidung mama hokeyy!!
3.45kg fuhh jenuh nak meneran oii
mama wiv baby
my baby boo..
Day--2
tutup mulut adik.... ngantuk lg ke ni...

Rabu, 5 Mac 2014

Detik kelahiran Muhammad Yusuf Ar Rayyan(Part 1)

Fuhhh baru nk stori sal saat2 kelahiran permata hati kedua papa n mama hehe... Anak dah masuk 5 bulan baru la terkedek2 nk up stori sal bersalin ritu huhu basi sungguh dah.. Tp berpegang pd prinsip 'better late than never', so arini mama ambil kesempatan mencoretkan serba sedikit kisah di saat2 terakhir ingin membawa Muhammad Yusuf Ar Rayyan ke dunia ini... Mmg betul kata org pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak berbeza2.. Seperti mama, mama mempunyai 3 pengalaman mengandung yg agak berbeza dan 2 pengalaman bersalin yg juga jelas berbeza.Waktu bersalinkan qaisara prosesnya agak mudah dan tidak mengambil masa yg lama walaupun anak sulung tetapi waktu bersalinkan yusuf ar rayyan mama melalui pengalaman yg agak mencabar. Ada sesetengah org berpendapat proses kelahiran anak kedua lebih mudah, tetapi tidak bagi mama huhu.. Ok jom kita mulakan storinya...
Bermula minggu ke 36 lagi mama sudah merasa sakit2, setiap hari pasti rasa sakit tu akan datang, andaian mama mungkin rasa sakit tersebut ialah braxton hicks. Namun sewaktu chekup pada minggu ke 36 tersebut nurse juga terkejut apabila mendapati kepala baby dah engaged waktu tu (patut la waktu tu mmg mama dah tak larat nak berjalan huhu). Nurse sempat berpesan pada mama kelahiran boleh berlaku bila2 masa saja dr sekarang tetapi berdoalah supaya baby keluar after 36weeks sbb katanya kalo pada 36weeks ni baby masih lg dikategori sbg tidak cukup bulan.So bermula pd minggu tersebut mama sudah menghitung hari utk bersalin, kalo ikut ke x larat mmg rasa nk beranak time2 tu jugak tp disebabkn risau komplikasi tidak cukup bulan mama sentiasa pujuk baby utk kelua selepas minggu ke 36.Pada minggu ke 36 tu juga doc dh sahkn yg berat baby dh almost 3kg, fuhh sgt2 menakotkn coz ada 4 minggu lg utk baby membesar bg johan huhu... Bukan apa risau takot tak mampu nk meneran kalo besar2 sgt... Tiap kali checkup, berat mmg akn naik waktu tu, tp alhamdullilah, walaupun berat meningkat berkilo2, tiga kali mogtt semuanya result normal hehe( padahal waktu pregnant kali ni, sgt addicted dgn durian huhu).
Minggu ke 38, saat yg mama tunggu2kn coz mama sudah mula bercuti pd minggu ini, amik cuti 2minggu awal. Plan mama 2 minggu ni nk rest sepuas2nya sebelum start dgn life ibu beranak 2 plak pasni hehe... Qaisara mama still hntar di rumah pengasuh utk membiasakn diri kalo tba2 mama nk bersalin nnti, bukan apa risau kalo lama tak hntar, nk hntar balik mula la buat perangai huhu... Start minggu ini juga sakit yg datang makin kerap dan berpanjangan. Namun rasa sakit tidak konsisten jd mama tidak la terus ke hospital, bukan apa xnk berlama2 di hospital tu bukan best mana pun huhhh... Mlm2 pun dah tak lena tido, start pukul 3 pg keatas smp la ke subuh mmg xboleh nk tido dh, lebih2 lg kalo kna cramp kaki waktu pukul 2-3pg tu mmg menangis la sorang2( kalo papa ada kan senang huhu).Tp demi anak2 mama kuatkn juga semangat...  Entah kenapa, pregnant kali ini, naluri mama kuat mengatakn yg mama akan bersalin pd waktu awal pg( around 3-4pg). Mungkin juga sbb rasa sakit kerap pd waktu awal2 pg.Disebabkan naluri itu lah mama sering ckp kt papa yg rasanya bersalin kali ini cm xsempat dgn dia kot, yela kalo buatnya mama sakit nk bersalin dlm waktu tu of course la papa xkan sempat balik, jarak dr kl-kuantan bukannya 10 minit je tetapi mkn msa 3-4jam jgak.. Waktu tu jgak pengasuh pun dah standby kalo2 mama nk hantar qaisara pd waktu awl2 pg(alhamdulillah dpt pengasuh yg baik hati).
Walaupun rasa sakit makin kerap, namun tiada tanda2 lain, perkara ini juga sgt merisaukn mama coz kalo boleh mama xnk lah overdue, slh satu sbb xnk overdue sbb mama dh amik cuti 2 minggu awal. In case kalo tak bersalin lg pd tarikh edd tak kan nk pergi kerja balik kot huhu... So bermula minggu ke 38 tu juga mama dh start wat exercise utk membantu mempercepatkn lg proses kelahiran, kalo papa ada, ajk papa kalo papa xde, mama heret 'ode'(my sister) utk teman mama gi pusing2 Taman Bandar. Nk pergi sorang2 mmg xlepas la, sbb awal2 lg dh kena sound dgn ma( my mom). Nk pergi biar berteman katanya. Semakin dekat dgn tarikh due, mama bukannya risaukn proses bersalin yg akan mama lalui tetapi  semakin rungsing memikirkn keadaan qaisara apabila mama tiada nanti, cmne nk tinggalkn qaisara, bagaimana keadaanya nanti kalo mama tiada, kerana sepanjang 2 tahun lebih usia qaisara, memang mama dan qaisara tak pernah berjauhan walaupun cuma utk semalaman huhu.. Sayu rasa hati bila memikirnya, sbb mama rasa mama tidak sekuat ibu2 lain yg boleh berjauhan dgn anak2. Sebelum ini walaupun perlu menghadiri kursus jarak jauh mama sanggup membawa qaisara sekali. Perkara ini lah yg sering membuat hati mama tidak tenang...Malah part plg sedih bila setaip kali sesiapa btau qaisara yg mama akan tiada nanti (kena masuk hospital sbb nk keluarkan baby) pasti qaisara akan jawab,"mama ada, mama tak sakit pun, nanti yaya(nama panggilannya di rumah) isi ubat kt perut mama ye" huhu sedih sgt masa ni....
Dah panjang dah en3 ni, kita sambung next entry la ye....