Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Isnin, 13 Oktober 2014

Hari Raya Aidiladha

Salam,
Kali ni saje nk tepek gambar masa raya haji baru2 ni. Masa raya aidilfitri aritu tak berkesempatan nk amik gambar satu family huhu, so raya haji baru ni amik la gambar 2-3keping sbg kenang2 an..

Khamis, 9 Oktober 2014

Yusuf Ar Rayyan Setahun.....

Alhamdullilah, pejam celik, pejam celik dah setahun usia anakanda tersayang Muhammad Yusuf Ar Rayyan. 5/10/13-5/10/14. Terasa sgt cepat masa berlalu..Walaupun tidak pernah menulis mengenai perkembanganya di sini, bukan bermakna saya tidak teruja dengan setiap pearkembangan yg ditunjukkan oleh yusuf, namun masa membataskan segala2nya... Setiap kali yusuf menunjukkan perkembangan proses tumbesarannya, keterujaannya sama sahaja ketika melihat qaisara membesar dulu. Malah kali ini lebih lagi kerana, proses tumbesarannya juga dapat dilihat bersama2 dgn hubby. Kalo waktu qaisara dulu saya akan mengambil gambar yg byk utk dihantar pd hubby supaya hubby tak terasa jauh drpd kami walaupun jarak yg jauh memisahkn kami waktu itu. Namun sekarang saya dapat lihat hubby mmg sgt2 bersemangat melihat setiap perkembangan yg ditunjukkan oleh yusuf, malah katanya sewaktu qaisara dulu dia tak sempat merasai semua ini. Alhamdullilah Allah berikan juga nikmat itu walaupun hanya utk ank kedua..

Berbalik cerita mengenai yusuf, di usia setahun ini sudah byk perkembangan2 positif yg ditunjukkan walaupun milestone yg ditunjukkan agak jauh jika dibezakan dengan kakaknya qaisara. Perkembangan setiap anak tak sama kan, tetapi masing2 mempunyai keistimewaan masing2.. Semalam baru berkesempatan utk bawa yusuf ke klinik utk checkup n cucuk setahun. Berat dah cecah 9.6kg!! Fuhh mmg tak larat dah nk dukung budak bertuah ni hehe.. Mahu tak berat , yusuf ni mmg kuat mkn, suka pulak mkn mknan yg manis2 ( febret dia la sgt2). Kalo bab mkn mmg tak memilih. Skang pun saya dah start slow2 perkenalkn nasi dkt yusuf. Tapi yusuf ni mmg ske mkn makanan org tua2, yg keras2 cm keropok tu yg tu la yg dia suka. Gigi baru ada 5 btg, itupun masa 11 bulan bru tmbuh hehe..

Bagi budak sebaya yusuf pasti ramai yg bertanya dah boleh berjalan ke belum? Yusuf baru boleh berjalan 7-8 langkah, masih lagi takut2 tapi mkin hari mkin byk improvement kalo bab berjalan ni. Takpe take your time sayang.. Mulut pun mkin byk, mcm2 yg dibebelkan hehe..Bab pling tak tahan, skang dah pndai berebut brg dgn kakak, dah pndai melawan, pantang kakaknya rampas brg mainan yg dia pegang confirm dia akan melawan n mengamuk huhu. Datang time geram mmg confirm kna gigit la si kakak hehe.. Betul la kata teman2, anak lelaki ni mmg tak sama dgn ank perempuan, lasaknya tu mmg cm langit dgn bumi.. Walaupun kita rasa anak perempuan kita dah mmg sgt2 lasak, panjat sana panjat sini, tetapi ank lelaki ni kelasakkannya berganda2 lagi huhu. Ini yg saya dan fmly rasa sekarang. Maklumlah yusuf cucu lelaki pertama dlm fmly, jd mmg ketara sgt perbezaannya...

Walaupun sgt lasak tapi yusuf ni manja jga bdaknya cuma sikap independent dia lbih mnyerlah jika dibandingkn dgn si kakak, mungkin juga ciri2 ank kedua. Selalu juga saya dgr hubby bercakap pd yusuf,  besar nanti yusuf kna jga kakak sbb kakak perempuan.. Yup itu yg saya dn hubby cuba terapkn, walaupun yusuf ank kedua tetapi disebabkn dia ank lelaki pertama, byk tanggungjawab dibahunya nanti. Harapan kami yusuf boleh menjaga dan membimbing kakak dan insyaalah kalo ada rezeki adik2nya nnti.. Dari segi penyusuan pula, saya masih lg bf kan yusuf walaupun dh start cmpur dgn fm. Niat hati mmg nk fully bf kan dia smp umor 2 tahun, tapi rasanya impian sy tu mmg takkan kesampaian. Perjalanan penyusuan yusuf ni mmg agak berbeza dgn qaisara, btol la org kta rezeki setiap anak ni tak sama. Walau apa2 pun saya tetap bersyukur kerana berjaya fully bf kan yusuf utk tempoh 8bulan pertama..Insyallah ada masa nnti sy akn ceritakn perjalanan penyusuan yusuf di sini, cabaran2nya dan kenapa saya perlu cmpurkn dgn fm..

Harapan saya pastilah ingin melihat yusuf terus membesar dgn sihat, sentiasa ceria dan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat, insyallah, amin...