Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 25 Jun 2013

Sama Tapi tak Serupa!!!










Tgk je gambar2 ni mmg saya xboleh sangkal dah yg qaisara mmg byk menyerupai hubby.. Orang lain pun selalu je kta qaisara cm papa huhu... Like Father Like Daughter hehe, perangai pun byk cm papa dia...

Harap2 nanti adik qaisara cm mama la pulak ye (baru adil) kihkih....

En3 ni dibuat  sebab rindu sgt pada kedua2 buah hati saya yg dlm gmbar tu huhu... Sorang jarang jumpa, yg sorang lg jumpa hari2 tapi still rindu....;-(

Jumaat, 21 Jun 2013

Holiday 2012-Johor bahru (Part 2- Johor Premium Outlet)


Salam,
Hari pertama di Jb, after check in hotel dan berehat sekejap, sebelah petang barula kami keluar. First destination of course la ke JPO. Tempat yg agak femes skang nie.. kami ke sini tak lama pun coz hari dah ptg sgt waktu. Round2 pun tak sempat habes, tapi sempat gak la shopping2 sikit. Tak byk sgt pun shopping coz niat asal dtg Jb ni just utk holiday bkn utk shopping. Tp kalo dah smp sini tak sah la kalo xde pe yg dibeli kan... Huhu terjebak jugak la kesudahannya...



Sampai2 je terus posing hehe..

Qaisara and mama

JPO- Johor Premium  Outlet Luas sgt tempatnya
sampai2 je terus cari food court. Food court kat cini sgt besar,
mcm2 pilihan, ade selera melayu, masakan cina, western, indonesia n mcm2 lg la

Tp kami just pilih utk mkn ni saje hehe...sizling mee..

Lepas mkn terus stat 'meround'. byk gak yg menarik terutamanya pkaian kanak2.


Cuci2 Mata

Antara brand ada di sni...
 Byk lg snrnya antaranya cm Carlo Rino, Padini, Guess, Ralph Lauren, Clarks, Coach

Dah mlm dah waktu ni huhu...

Poney!! Kat sini byk gak la berhabes hehe...
Harga mmg lebih murah (sikit je la xbyk pun) tp xbyk sgt choicenya huhu

Kat sini pun cik adik ni sempat bermain huhu...

Tak sempat nk round abes pun satu JPO ni coz hari dah mlm sgt n seingat sya JPO pun dah nk tutup waktu tu. Pas dah dpt pe yg 'dihajati' terus kitaorg bergerak balik semula ke hotel. Kena tdo awal coz esoknya kami dah ada plan utk ke destinasi lain lak. Nak tau kat mana?? Kena tunggu Part 3 lak ye hehe...




p/s: Antara brand2 yg ada di JPO tu, saya plg suka dgn brand guess (memang minat brand ni sejak zaman anak2 dara lg smp skang), so target gi JPO ni nak la sambar pe2 yg gojes2 di sana tp yg peliknya dah sampai sana leh beli brand lain lak huhu....Nasib la yee...

Khamis, 20 Jun 2013

Perbezaan mengandung Qaisara dan adiknya..

Salam,

Hari nie just nk citer sikit sal beberapa perbezaan yg saya alami sewaktu mengandungkan Qaisara dulu dan adik qaisara  sekarang ni.Betul la kata orang pengalaman mengandung setiap orang tak sama malah mengandung kali kedua tak semestinya sama dgn yg pertama. Macam tu juga dengan ragam anak2 nanti, setiap anak pasti de ragam masing2. Kalo ada 4 orang anak, 4 jenis ragam la jawabnya yg perlu dilayani huhu..Sama jugak macam saya, mengandung kali ni mmg byk jugak perbezaannya sewaktu mengandungkan qaisara dulu.
Antaranya:
Sewaktu Mengandungkan Qaisara (Jun 2010-Mac 2011)
1) Mengalami alahan yg sgt teruk sehingga dehydration, waktu tu bulan puasa, tp saya gagahkan jugak diri utk berpuasa but at last 10 hari terakhir ramadhan doc nasihatkan untuk tidak berpuasa kerana bimbangkan kesihatan bayi. Waktu nie air masak pun tak boleh masuk, sebelum mengandung berat 75kg waktu tu (berat saya naik mendadak dr 65kg ke 75kg selepas keguguran pada mac 2010) tapi pada penghujung trimester pertama berat dah menurun ke 63kg kalo tak silap saya. 12kg trun hanya dalam masa tak sampai 2bulan huhu...
2) Sentiasa muntah2 sampaikan mmg langsung xleh drive kereta, sbbnya kalo perjalanan dr rumah nak sampai sek pun boleh beberapa kali muntah. Waktu tu beg plastik mmg peneman setia, mesti sentiasa ada dalam handbag dan kereta. Makanan yg sy makan biasanya takkan bertahan lama, paling kuat pun 5 minit telan lepas tu confirm akan muntahkan balik.
3) Alahan berakhir tepat pada minggu ke-12 kehamilan (penghujung trimester1). Mungkin waktu tu anak mama memahami yg mama dia ni nak makan sedap2 masa raya, selepas dah hampir 2 bulan tak dapat menikmati makanan. Masa ni jugak la selalu berkata dlm hati kalo Allah nak tarik nikmat yg DIA pinjamkan pada kita bila2 masa saja dia boleh tarik balik.Insaf sgt waktu tu (hehe waktu tu je ke??)
4) Sepanjang mengandungkan qaisara, saya sangat gemarkan makanan manis2. Asyik terpk nk makan aiskrim n coklat je.. Tiap kali hubby balik mesti ajak dia gi Mc donald coz nk mkn mc flurry oreo or sundae coklat. Mmg best la. Kdg2 hubby tak balik lagi pun dah siap pesan kalo balik nak gi makan ais krm. mesti ya,  tak boleh tidak2. Kalo mengidam pun banyak makanan yg manis je la. Pernah sekali mengidam nk mkn Dunkin Donut, kat Kuantan ni mmg xde la, yg ada Big Apple, mmg la nmpk cm sama je tapi sy still nak Dunkin Donut. Last2 Ma belikan waktu dia pergi ke KL huhu..
5) Perut mmg kecil je sampaikan dah mengandung 6 bulan pun de lagi yg bertanya Bila nak mengandung?? Ukuran tinggi rahim pun tak sama dgn minggu kehamilan, doc n nurse mmg ckp perut sy mmg kecik tapi alhamdulillah xde pe2, qaisara selamat dilahirkan, sihat dan sempurna. Perut mmg totally nmpk bulat, org tgk je mmg confirm akan teka yg baby girl.
6) Selalu tertarik pada baju2 baby yg warna pink n hijau walaupun tak tau lg masa tu baby girl.
7) Sangat2 sensitif dan selalu sgt menangis. Mmg tak boleh silap sikit. Saya sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami dlm keadaan mengandung, tak mcm org lain pergi klinik boleh berteman, kalo rasa nk mkn ape2 pun leh terus ckp je dkt suami tp tidak untuk saya. Saya terpaksa tunggu suami balik baru la leh manja2. Paling menyedihkan bila saat2 akhir kehamilan  pun sy masih sendiri mencari brg2 baby. Yela nak tunggu hubby balik baru nak cari mmg tak sempat. Masih sy ingat lg waktu tu, kalo minggu tu hubby tak balik saya akan ajk ma utk teman saya pergi cari brg2 baby yg masih belum lengkap. Nasib la ma n abah melayan je karenah anak dia ni huhu..
8) Selalu mengidam nak mkn makanan2 western cm spagheti n chiken chop.
9) Mengalami kencing kotor dan discharge yg agak teruk serta menganggu aktiviti harian saya. 2 kali amik ubt di kk tapi still tak baik. Last2 amik ubat dgn dr khaled alhamdullilah bertambah baikwalaupun tak pulih sepenuhnya. Tapi pas bersalin semuanya ok, back to normal again

Mengandungkan Adik Qaisara
1) Kurang mengalami alahan seperti sebelum nie, kurang aje tau bukan tak de alahan langsung. Alahan tetap ada tapi masih boleh gagahkan kaki utk pergi kerja dan masih boleh mengajar seperti biasa. Seperti sebelum ni jgak selera makan di trimester pertama memang merundum. Tgk makanan semuanya tak selera. Tapi alhamdulillah still leh mkn dan kurang muntah2. Berat badan pulak turun 5kg. Ok la tu, tak la sebanyak waktu mengandungkan qaisara dulu. Berat bdn sebelum 78kg trun ke 73 kg huhu... Keadaan lebih kurang sama dgn dulu sebelum pregnant berat bdn saya naik mendadak. Berat kali ni naik selepas saya stat campur susu qaisara fm + bf. Berhasrat pas bersalin adik qaisara nanti leh dapat balik berat 65kg tu huhu...
2) Walaupun kurang mengalami alahan tapi alahan kali ni agak lama kerana sehingga sekarang pun time gosok gigi pasti akan muntah, kdg2 bau minyak msk yg tgh panas n bau nasi yg sdg dimasak pun leh buat saya loya dan pening. Pelik jugak sebab kandungan dah di pertengahan trimester kedua. Sampai sekarang pun tiap kali nak gosok gigi tu mesti rasa cam nak nangis huhu tapi walau macam manapun tetap kena gosok gak kan.
3) Mengandungkan adik qaisara kali nie, saya lebih tertarik pada makanan2 masam seperti asam dan jeruk. Makanan manis still makan tapi agak kurang la kali ni. Kalo asam tu mesti kena selalu ada spare dlm handbag utk kurangkan loya terutamanya lepas makan. Selalu mngidam nak mkn buah mempelam yg kecik2 tu dan mesti nk yg masam. Alhamdulillah rezeki kali ni agak murah coz kat sekolah ade je insan baik hati yg tidak pernah melupakan mak buyung ni. Kadang2 lepas je abes kelas sedar2 dah ada dah buah mempelam atas meja. Tak tau sape2 yg letak pun, kdg2 rakan sekerja, kdg2 makcik2 cleaner hehe.. Terima kasih la pada sape2 yang baik hati tu.
4) Ada yg kata kalo mengandung ank kedua dan seterusnya perut akan membesar dgn jayanya, tp saya pulak selalu sgt rakan2 komen kata perut kecik sgt, xnmpk cm pregnantla, nmpk cm baru pregnant 3 bulan la, dan mmg saya akui walaupun pregnant 6bulan perut saya masih kecik. Masih lagi selesa berbaju kurung ke sekolah. Saya jangka perut akan membesar di usia kandungan 7 bulan nanti, lebih kurang cm qaisara dulu. Kita tgk je la nanti ye. Jadinya disebabkan perut masih kecik, xnmpk lagi la bentuknya sama ada bulat atau muncung ke depan hehe. So rata2 org tak boleh teka lagi jantina adik qaisara.  Tak kisah la kan janji anak mama sihat dan sempurna hendaknya.
5) Walaupun perut kecil dan baru di trimester kedua, saya selalu rasa badan tidak sihat dah rasa cm berada di trimester ke3 lak. Kaki  dah selalu cramp n lenguh2 kalo bediri lama2 (mungkin sbb tak minum susu kot huhu). Naik tangga pun dah mengah2 cam org lelah dah jadinya. tapi cuba juga utk gagahkan diri, xnk manja2 sgt. 'Mama kena kuat, demi anak2 mama'
6) Masih lagi sensitif seperti dulu, cuma sekarang ni saya cuba kawal emosi. Saya akui emosi ibu sewaktu mengandung akan mempengaruhi emosi bayinya. Perkara ni saya dah alami dulu, sewaktu mengandungkan qaisara saya memang kerap menangis, kesudahannya bila qaisara lahir, dia memang kuat menangis, sehingga ke usia satu tahun jugak asyik menangis je, puas jgak kami suami isteri pergi berubat. Belajar dr pengalaman yg lalu, saya cuba untuk lebih tabah mengharungi saat2 mengandung kali nie (walaupun masih berjauhan dgn suami), namun siapa la saya kan, kdg2 tersasar dan terbabas juga huhu..
7) Masih lagi gemar dgn mkanan2 western..
8) Turut mengalami kencing kotor dan discharge kali ni tapi tidak seteruk dulu..
9) Mengandung kali ni saya kerap minum ais dan air manis. Kalo cm dulu saya just minum ais n air manis kalo mkn di kedai saje. Tp kali nie kat rumah pun asyik nk cari ais je, baru2 ni dah kena sound dgn abah n ma huhu, nmpk gayanya kena kurangkanla minum ais nie...
10) Sejak lepas keguguran dulu sehingga qaisara berusia setahun lebih saya memang berpantang dr minuman berkarbonat. Sekarang juga masih sama, tidak berani mengambilnya walaupun kandungan dah besar. Makanan2 lain yg saya pantang seperti air tebu, cuka, tembikai (di awal kehamilan), nenas, durian dan air limau nipis.
11)  Sama seperti dulu, tiap kali balik kg, hubby akan letak bantal @toto untuk alas tempat duduk saya, takot hentakan yg kuat atau bergegar. Pengalaman keguguran lalu membuatkan kami lebih berhati2.


p/s : Moga sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk melalui setiap detik indah ini...

Rabu, 12 Jun 2013

Wishlist Barang Baby....

Salam,

Alhamdullilah, 2 hari dah kembali bertugas selepas 2minggu bercuti. Cuti sekolah masa yg sentiasa ditunggu2kan hehe, ingat dulu zaman budak2 je sibuk duk kira bila cuti sekolah, skang nie dah jadi mak budak pun cbuk jgak lg kira cuti sekolah. Hai nasib la, mungkin sampai pencen la duk mengira cuti sekolah ni hehe....
 
 
Skang dah masuk penggal baru, jadi kerja2 pun makin mengejari diri ini hehe... Biasa la sekolah masuk pertengahan tahun sibuknye hanya tuhan yg tahu huhu... Dalam kesibukan melaksanakan rutin harian, sgt bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yg baik sepanjang mengandung kali nie.. Sedar tak sedar minggu ni saya dah masuk 23 minggu. Maknanya minggu depan dah cecah 6 bulan. Sekejap je rasa cm baru semalam wat UPT huhu... Dah nk masuk 6 bulan ni  dlm kepala confirm la asyik pk pasal persiapan untuk sambut baby. Walaupun bukan anak pertama, rasa2nya byk jgak brg yg perlu dibeli @diganti.  Pregnant kali nie, ada beberapa brg yg saya idam2kan. Sebenarnya sebelum pregnant lg dah terpk dah beberapa brg yg rasa2nya berguna  tp saya tak beli pun masa ank first dulu (belajar dr pengalaman kan, skang dah tau da serba sedikit brg pe yg perlu,n brg pe yg tak perlu, kalo cm dulu main beli je huhu).
 
 
 
Antara barang2 yg dlm senarai wishlist saya:
1) Nursing Pillow
 
Nursing pillow ni mmg dah lama aim nak beli coz masa qaisara dulu tiap kali mnyusu msti lapik bantal je. Lenguh jugak la pinggang coz qaisara masa dlm pantang kalo menyusu selagi tak cukup sejam mmg xkan berenti, kdg2 leh pergi ke 2jam, asyik nk berkepit je huhu, masa dlm pantang dengan luka bawah lg nak jaga kan so xleh la nk bergerak2 byk sgt. So, kali ni aim nk beli nursing pillow ni n harap2 selesa dan berguna la hendaknya.Lagi satu target nak beli nursing pillow ni coz nk guna since pregnant ni lg sbb skang nie tdo mlm dah tak brape selesa walaupun perut tak besar sgt lg. Skang ni kalo nk tdo msti nak kena ada bantal wat alas perut time tdo mngiring..Tp bila nak gi beli ni?? hehe....
 
 
 2) Baby Cot

 
Baby cot or playpen?? Emmm yg ni masih lagi dlm perancangan sama ada nk beli atau tak. Kdg2 rasa tak payah la, kdg2 rasa perlu... Masa qaisara dulu mmg tak beli sbb ramai org kata baby cot ni guna sekejap je entah2 tak guna langsung. Sebab baby baru lahir ni msti nak duk dekat je ngan mak dia. Tapi kali nie saya rasa cam perlu sbb qaisara pun masih tdo dgn kami so nanti bila dah ada adik muat ke katil tu 4 org sekali nk tdo ats tu?? Lagi satu bila tgk je 'kebuasan' qaisara time tdo mmg tak sanggup nak bagi dia tdo sekali ngan adik dia. Bila pk2 balik, lebih baik saya beli katil single n letak di tepi katil kami n ajar qaisara utk tdo kat katil tu. Tapi muat ke bilik tu nak  wat masuk satu lagi katil single huhu.. So status skang ni masih pk2 nk beli @ tak?...
 
3) Set Breastpump Medela Freestyle


 
Hehe yg ni wishlist mengada2 namanya.. Sebenarnya tak ada dlm perancangan pun nk beli set medela FS ni tapi dalam hati 'teringin' jugak kan.. Bila baca review blogger2  n pengalaman kawan2 sendiri yg menggunakannya teruja jugak hati ini kuikui... Tapi set spectra dew saya masih ok lagi, pas hantar servis ritu dah tak guna dah so cm membazir lak kalo nk beli yg baru. Lagipun  bila survey2 set medela FS ni  plg murah pun harga dlm Rm 1499!!. Nak beli sekarang tu, rasanya tak la kot, guna je la dulu spectra dew ye... Mana la tau kot2  nanti after deliver ada duit berlebih2 boleh la nak beli (kalo ada la)  hehhe..  Berharap sgt kali nie rezeki adik qaisara lebih lagi drpd kakaknya dulu, Insyaallah.. Target mama dalam pantang nanti nak pump dan kumpul stok betol2, tak nak main2 dah cm dulu...
 
 
4) Confinement Set (Tanamera)
 
 
 
Set Bersalin pun  saya dah pk, rasanya nak try guna set bersalin Tanamera la pulak kali ni. Saya berminat ngan set ni coz set ni totally dr bahan semulajadi dan yg penting no jamu2.. Dah serik la msa qaisara dulu saya gunakan set bersalin dari Mustika Ratu, bagus tu bagus jgak tapi bila makan jamu dalam set tu terus qaisara naik ruam, abes muka2 n badan dia, padahal saya stat makn jamu pun after 2minggu bersalin n lepas kuning dia betul2 pulih. Kali ni xnak dah ambik jamu, nak mencari alternatif len lak. Bila baca khasiat n kegunaan set bersalin Tanamera ni mmg menarik coz boleh digunakan sebelum deliver lagi. Untuk Dalaman lak saya rasa nanti after deliver saya akan sambung consume  vitamin2 yg sya mkn skang kot. Sal vitamin ni nanti saya wat entry lain la ye.
 
 
5) Nursing Blouse
Target kali nie, nk menambah jugak koleksi nursing blouse sedia ada. Masa Qaisara dulu de beberapa helai je, tak beli banyak pun. Selesa pakai pakaian khusus untuk menyusu ni, senang dan praktikal. Ada jugak beberapa lagi brg2 yg berkaitan dgn nursing yg ingin ditambah. Yang ni rasanye boleh beli slow2 coz pas deliver pun leh beli lg.
 
 
- Barang2 lain yg ingin dibeli rasanya cm baju2 n grooming care je kot. Yg lain leh guna brg2 yang masih ada n elok lg.
 
 
P/s Gambar semua ihsan dr en google ye!!!
 
 

Selasa, 11 Jun 2013

Holiday 2012-Johor Bahru ( Part 1)

Salam,

Hehe, baru nk update stori sal holiday ujung tahun 2012 ritu... Teruk sungguh kan 2013 dah hampir sampai ke pertengahan tahun, ni nk patah balik ke tahun 2012 lak huhu... Tapi kalo tak stori xde kenangan, so kita stori la cikit walaupun citer dah basi kuikui...

Actually hujung tahun ritu, saya n hubby dah planning awal2 nk gi berjalan ke Johor Bahru, maklum la skang ni selalu duk dgr citer org lain sal tempat2 menarik yg baru dibuka di Johor Bahru. Antaranya Johor Premium Outlet, Legoland Malaysia and Sanrio Hello Kitty Town. Bile dgr citer org tu hati pun melonjak2 la nk pergi jugak hehe, biasanya saya la yg terlebih excitednya, tapi nasib baik hubby pun sporting nk jugak mengikut kerenah isteri dia ni ;-)


Holiday Hujung tahun ni, cam dah jadi satu acara tahunan utk kami suami isteri, maklumla dah dua-dua pun cikgu, so time sek cuti panjang camni la amik kesempatan utk abeskan masa bersama family kecil kami. Lagi pun  bagi pasangan PJJ cam kami ni, time cuti jela nak menghabiskan masa bersama2, nk spent quality time ngan family kan.. Start je cuti sekolah ujung tahun ritu, kami sekeluarga pulang ke kelantan dulu dlm 2 minggu, lepas 2 minggu baru la kami start travel, daripada kelantan balik semula ke kuantan kerana saya perlu bertugas di sekolah time exam paper biology SPM. Settle keje, keesokkan harinya terus bergerak ke KL  coz hubby plak kena bertugas di sekolah (hehe memang saje kami plan n adjust utk bertugas pada minggu yg sama, xperlula nk ulang alik byk kali). Di KL sempat tido semalaman, tapi mase tu agak seksa nk mencari hotel sbb semua hotel full n sya lak x terpk nk book hotel di Kl huhu, nasib baik jumpa jgak hotel yg de kosong kalo tak tdo dlm kete jela kami 3 branak huhu.

Pagi2 esoknya terus bersiap untuk bertolak ke JB.. Hoorey.... Kalo tak silap saya kami bertolak pukul 7.30 pg camtu n sampai di Jb dalam pukul 2ptg cmtu la...  Sampai JB terus cari hotel yg saya dah booking. Hotel Grand Sentosa. Hotel ni terletak di dalam Plaza Sentosa JB. Cite sal hotel lak, saya ngan hubby memang puas ati dgn hotel ni coz, selesa berbanding ngan hotel yg di sewa masa kat Kl huhu. Jom layan gambar dulu..


Berhenti rehat di Rn R, Mkn tengahari sambil menyelesakan diri sekali.
Qaisara ngah tggu papa beli makanan..

Sempat lagi bermain kat taman di RnR. Layankan jela...


Suasana Bilik di Grand Sentosa Hotel,
Katil besar sgt selesa utk kami 3 beranak..

Ruang Bilik

tv je kecik sgt tp ok la kan bukan nk tgk sgt pun huhu
 

ruang yg luas, qaisara siap boleh berlari2 lagi dlm bilik ni
 

Grand Sentosa Hotel
 
 
Ruang lobby
 
After breakfast. Menu pun best, byk pilihan


 Qaisara breakfast ngan cococrunch ;-)
 
Hari pertama di JB,after check in hotel kami naik bilik n rehat2 dulu. Petang baru la keluar gi jln2. Destinasi pertama Johor Premium Outlet (JPO). Mama la excited lebih2 ajak papa pergi sana hehe.. Citer sal JPO kita sambung next entry la ye....