Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Rabu, 19 Februari 2014

Rahsia di sebalik nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan

Salam,
Lama dah tak update stori huhu.... sgt sibuk skang ni, saya masih lg berada di dalam fasa penyesuaian diri dengan kesibukan sbg seorg isteri, ibu kpd 2 org cahaya mata serta juga seorg ibu yg berkerjaya....  Baru la faham skang ni rasanya macam mana susahnya nk besarkn ank2, dalam masa yg sama nk bahagikn masa dgn  kerjaya serta nk uruskn rumahtangga dgn baik.. Mcm ni la agaknya ma saya dulu rasa susahnya nk besarkn kami adik beradik dlm masa yg sama terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Skang giliran saya pula... Walaupun agak susah nk besarkn ank2 dgn status ibu yg berkerjaya, namun bg saya ni la pengalaman yg x boleh dijual beli. Terima kasih kpd Allah swt kerana memberi saya peluang utk merasai semua ini. Memang la kalo boleh nak anak2 semua, 24 jam berada di depan mata, yup saya pasti  yg ini la yg diimpikn oleh semua insan bergelar ibu, namun nasib setiap org tak sama kan, sbb ramai di kalangan ibu2 skrang yg perlu klua bekerja demi membantu suami dlm perbelanjaan keluarga, begitu juga dgn saya:-)
Alhamdullilah, dah hampir 5 bulan (4bulan++) saya melahirkan permata hati kedua kami, Muhammad Yusuf Ar Rayyan. Rasa terlalu cpt masa berlalu, rindu juga dgn bau baby yg baru lahir hehe... Ok la arini sy nk stori sikit sal nama yg telah dipilih untuk anaknda tersayang.. Since ramai juga yg bertanya kenapa kami memilih nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan, bukan sahaja di kalangan saudara mara malah ada juga teman2 yg seakan2 terkejut bila kami memberitahu nama tersebut.. Hehe mungkin juga disebabkan nama si kakak Nur Irdyna Qaisara agak moden tetapi bila nama si adik agak klasik.. Sewaktu qaisara dulu kami suami isteri mmg sudah sepakat utk memilih nama qaisara since kandungan berusia 7 bulan lg. Malah sejak dr itu hubby mmg dah panggil baby dlm perut dgn nama qaisara. Selepas qaisara lahir baru la cari nama lain utk digabungkan dgn nama qaisara. At last hubby decide utk letak nama Nur Irdyna di bhgian hadapan sempena nama kami suami isteri(dy-dily, na-diyana). Sejujurnya waktu tu sy agak frust coz niat hati nk letak nma ank semua pangkalnya bermula dgn huruf F since nama kami suami isteri pun bermula dgn huruf F, tetapi impian tak kesampaian coz kebanyakkan nama yg bermula dgn huruf F semuanya dah ada dlm family terdekat, drpd adik beradik, anak2 sedara sampai la ke sepupu sepapat semuanya starting nama ngan huruf F :-) Last sekali qaisara la the only one yg namanya tidak bermula dgn huruf F...  Xpela yg penting namanya bermaksud yg baik. NUR IRDYNA QAISARA ( CAHAYA KEHORMATAN KAMI, PERMAISURI).

Sewaktu mengandung anak kedua pula, saya ada tanya hubby nak letak nama apa, yup kebiasaanya hal nama anak mmg saya serah pd hubby sbb sebagai ayah dia la yg plg layak menetapkan nama ank2.. Tetapi tidak la sy bg sepenuhnya kuasa veto kpd husband huhu..  Hubby de btau sy waktu tu , kalo dpt bby boy dia dh ada namanya, malah nama tu dah di pk sebelum sy pregnant lg huhu. Since mmg doc pun dah confirmkn yg kami bakal dpt bby boy waktu tu saya pun ambil la peluang utk bertanya husband pe nama yg dia nk bg tp waktu tu mmg hubby kata pd saya RAHSIA huhu... Dalam masa yg sama sy tetap search2 jgak nama2 yg sesuai utk bby boy. Niat di hati waktu tu nk letak nama anak panggkalnya ada huruf I sama dgn si kakak. Waktu tu jgak sy cukup berkenan dgn nama Muhammad Ieeman Qaleef, tpppp bila diajukan pd hubby dia cuma geleng saja huhu.. Lastly bila didesak oleh saya ( waktu tu kandungan dah 9 bulan) hubby btau jugak yg dia nk letak nama 'Yusuf' . Waktu dgr tu terkedu jga saya, kenapa klasik sgt, n hubby pun terus btau dia suka sgt dgn nama tu coz bila dgr nama tu sejuk je katanya n niat hatinya nk nama anaknya kali ni adlh nama nabi... Malah katanya dia mmg dah psg niat kalo dpt bby boy mmg nk letak nama tu, so bila hubby dah kta cmtu saya pun perlu akur coz kalo dh psg niat ni xleh la wat main2 kan... selepas drpd itu saya selalu search di internet membaca kisah2 nabi yusuf, n alhamdullilah selepas membaca kisah2 nabi yusuf hati saya turut terbuka utk menerima nama tersebut. Cerita ni x abes setakat di sini k, sbb hubby cuma bg satu nama so sy pun masih mencari2 satu lg nama utk digabungkn dgn nama yusuf. Niat di hati waktu tu nk cari satu nama yg agak moden sedikit tetapi semua nama yg saya ajukn pd hubby semuanya ditolak sampai la di saat2 kelahirannya. After bersalin, saya masih lg belum berputus asa mencari nama n akhirnya sy berjumpa dgn nama Ar Rayyan n agak sesuai bila digabungkan dgn nama yusuf. Tetapi, bila diajukn pd hubby mulanya, hubby syp huhu, n katanya kalo boleh dia just nk letak nama yusuf sahaja, waktu tu tak tau la kenapa tiba2 saja laju je air mata saya mengalir n saya de terlepas cakap 'buat penat je saya beranak' huhu sori hubby.. Risau  bila tgk saya menangis dlm pantang hubby akhirnya bersetuju nk letak nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan. Hehe org perempuan kan air mata mmg senjata utama. Tp fair la kan satu nama drpd papa n satu nama drpd mama. Masa hubby isi borang pendaftaran kelahiran tu sempat jugak saya menjeling di ruangan nama takot tiba2 hubby tukar balik nama hehe terok kan saya ni..
Alhamdullilah nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan di daftarkan pada hari ke 7 kelahirannya. Malah sewaktu mendaftar di JPN, pegawai pendaftar sempat memuji hubby coz katanya bagus la letak nama anak pangkalnya dgn nama nabi.

Now, sejujurnya sy sgt jatuh hati dgn nama Muhammad Yusuf Ar Rayyan. Walaupun kdg2 ada juga terasa hati bila ada di kalangan sedara mara n rakan2 yg ketawa @gelak bila kami memberitahu nama ank kami. Saya juga cukup tak suka bila ada yg memanggil yusuf dgn panggilan usop. Bg saya nk panggil biar la betul2 samada yusuf @ rayyan. Buat anak mama n papa, kami sgt2 berharap Muhammad Yusuf Ar Rayyan membesar menjadi manusia yg mulia budi pekertinya serta molek perangainya seindah namanya yg telah kami pilih. MUHAMMAD YUSUF AR RAYYAN ( NAMA NABI, PINTU SYURGA BG ORG YG BERPUASA). Alhamdullilah, seawal kelahirannya, kami semua sudah dpt melihat kesesuaian nama tersebut dgn dirinya krn bila diperhati Yusuf Ar Rayyan ni seorg yg penyejuk n cool org nya sesuai dgn namanya. Baik n sgt mudah diuruskan :-)