Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khamis, 20 Jun 2013

Perbezaan mengandung Qaisara dan adiknya..

Salam,

Hari nie just nk citer sikit sal beberapa perbezaan yg saya alami sewaktu mengandungkan Qaisara dulu dan adik qaisara  sekarang ni.Betul la kata orang pengalaman mengandung setiap orang tak sama malah mengandung kali kedua tak semestinya sama dgn yg pertama. Macam tu juga dengan ragam anak2 nanti, setiap anak pasti de ragam masing2. Kalo ada 4 orang anak, 4 jenis ragam la jawabnya yg perlu dilayani huhu..Sama jugak macam saya, mengandung kali ni mmg byk jugak perbezaannya sewaktu mengandungkan qaisara dulu.
Antaranya:
Sewaktu Mengandungkan Qaisara (Jun 2010-Mac 2011)
1) Mengalami alahan yg sgt teruk sehingga dehydration, waktu tu bulan puasa, tp saya gagahkan jugak diri utk berpuasa but at last 10 hari terakhir ramadhan doc nasihatkan untuk tidak berpuasa kerana bimbangkan kesihatan bayi. Waktu nie air masak pun tak boleh masuk, sebelum mengandung berat 75kg waktu tu (berat saya naik mendadak dr 65kg ke 75kg selepas keguguran pada mac 2010) tapi pada penghujung trimester pertama berat dah menurun ke 63kg kalo tak silap saya. 12kg trun hanya dalam masa tak sampai 2bulan huhu...
2) Sentiasa muntah2 sampaikan mmg langsung xleh drive kereta, sbbnya kalo perjalanan dr rumah nak sampai sek pun boleh beberapa kali muntah. Waktu tu beg plastik mmg peneman setia, mesti sentiasa ada dalam handbag dan kereta. Makanan yg sy makan biasanya takkan bertahan lama, paling kuat pun 5 minit telan lepas tu confirm akan muntahkan balik.
3) Alahan berakhir tepat pada minggu ke-12 kehamilan (penghujung trimester1). Mungkin waktu tu anak mama memahami yg mama dia ni nak makan sedap2 masa raya, selepas dah hampir 2 bulan tak dapat menikmati makanan. Masa ni jugak la selalu berkata dlm hati kalo Allah nak tarik nikmat yg DIA pinjamkan pada kita bila2 masa saja dia boleh tarik balik.Insaf sgt waktu tu (hehe waktu tu je ke??)
4) Sepanjang mengandungkan qaisara, saya sangat gemarkan makanan manis2. Asyik terpk nk makan aiskrim n coklat je.. Tiap kali hubby balik mesti ajak dia gi Mc donald coz nk mkn mc flurry oreo or sundae coklat. Mmg best la. Kdg2 hubby tak balik lagi pun dah siap pesan kalo balik nak gi makan ais krm. mesti ya,  tak boleh tidak2. Kalo mengidam pun banyak makanan yg manis je la. Pernah sekali mengidam nk mkn Dunkin Donut, kat Kuantan ni mmg xde la, yg ada Big Apple, mmg la nmpk cm sama je tapi sy still nak Dunkin Donut. Last2 Ma belikan waktu dia pergi ke KL huhu..
5) Perut mmg kecil je sampaikan dah mengandung 6 bulan pun de lagi yg bertanya Bila nak mengandung?? Ukuran tinggi rahim pun tak sama dgn minggu kehamilan, doc n nurse mmg ckp perut sy mmg kecik tapi alhamdulillah xde pe2, qaisara selamat dilahirkan, sihat dan sempurna. Perut mmg totally nmpk bulat, org tgk je mmg confirm akan teka yg baby girl.
6) Selalu tertarik pada baju2 baby yg warna pink n hijau walaupun tak tau lg masa tu baby girl.
7) Sangat2 sensitif dan selalu sgt menangis. Mmg tak boleh silap sikit. Saya sedih sebab terpaksa berjauhan dengan suami dlm keadaan mengandung, tak mcm org lain pergi klinik boleh berteman, kalo rasa nk mkn ape2 pun leh terus ckp je dkt suami tp tidak untuk saya. Saya terpaksa tunggu suami balik baru la leh manja2. Paling menyedihkan bila saat2 akhir kehamilan  pun sy masih sendiri mencari brg2 baby. Yela nak tunggu hubby balik baru nak cari mmg tak sempat. Masih sy ingat lg waktu tu, kalo minggu tu hubby tak balik saya akan ajk ma utk teman saya pergi cari brg2 baby yg masih belum lengkap. Nasib la ma n abah melayan je karenah anak dia ni huhu..
8) Selalu mengidam nak mkn makanan2 western cm spagheti n chiken chop.
9) Mengalami kencing kotor dan discharge yg agak teruk serta menganggu aktiviti harian saya. 2 kali amik ubt di kk tapi still tak baik. Last2 amik ubat dgn dr khaled alhamdullilah bertambah baikwalaupun tak pulih sepenuhnya. Tapi pas bersalin semuanya ok, back to normal again

Mengandungkan Adik Qaisara
1) Kurang mengalami alahan seperti sebelum nie, kurang aje tau bukan tak de alahan langsung. Alahan tetap ada tapi masih boleh gagahkan kaki utk pergi kerja dan masih boleh mengajar seperti biasa. Seperti sebelum ni jgak selera makan di trimester pertama memang merundum. Tgk makanan semuanya tak selera. Tapi alhamdulillah still leh mkn dan kurang muntah2. Berat badan pulak turun 5kg. Ok la tu, tak la sebanyak waktu mengandungkan qaisara dulu. Berat bdn sebelum 78kg trun ke 73 kg huhu... Keadaan lebih kurang sama dgn dulu sebelum pregnant berat bdn saya naik mendadak. Berat kali ni naik selepas saya stat campur susu qaisara fm + bf. Berhasrat pas bersalin adik qaisara nanti leh dapat balik berat 65kg tu huhu...
2) Walaupun kurang mengalami alahan tapi alahan kali ni agak lama kerana sehingga sekarang pun time gosok gigi pasti akan muntah, kdg2 bau minyak msk yg tgh panas n bau nasi yg sdg dimasak pun leh buat saya loya dan pening. Pelik jugak sebab kandungan dah di pertengahan trimester kedua. Sampai sekarang pun tiap kali nak gosok gigi tu mesti rasa cam nak nangis huhu tapi walau macam manapun tetap kena gosok gak kan.
3) Mengandungkan adik qaisara kali nie, saya lebih tertarik pada makanan2 masam seperti asam dan jeruk. Makanan manis still makan tapi agak kurang la kali ni. Kalo asam tu mesti kena selalu ada spare dlm handbag utk kurangkan loya terutamanya lepas makan. Selalu mngidam nak mkn buah mempelam yg kecik2 tu dan mesti nk yg masam. Alhamdulillah rezeki kali ni agak murah coz kat sekolah ade je insan baik hati yg tidak pernah melupakan mak buyung ni. Kadang2 lepas je abes kelas sedar2 dah ada dah buah mempelam atas meja. Tak tau sape2 yg letak pun, kdg2 rakan sekerja, kdg2 makcik2 cleaner hehe.. Terima kasih la pada sape2 yang baik hati tu.
4) Ada yg kata kalo mengandung ank kedua dan seterusnya perut akan membesar dgn jayanya, tp saya pulak selalu sgt rakan2 komen kata perut kecik sgt, xnmpk cm pregnantla, nmpk cm baru pregnant 3 bulan la, dan mmg saya akui walaupun pregnant 6bulan perut saya masih kecik. Masih lagi selesa berbaju kurung ke sekolah. Saya jangka perut akan membesar di usia kandungan 7 bulan nanti, lebih kurang cm qaisara dulu. Kita tgk je la nanti ye. Jadinya disebabkan perut masih kecik, xnmpk lagi la bentuknya sama ada bulat atau muncung ke depan hehe. So rata2 org tak boleh teka lagi jantina adik qaisara.  Tak kisah la kan janji anak mama sihat dan sempurna hendaknya.
5) Walaupun perut kecil dan baru di trimester kedua, saya selalu rasa badan tidak sihat dah rasa cm berada di trimester ke3 lak. Kaki  dah selalu cramp n lenguh2 kalo bediri lama2 (mungkin sbb tak minum susu kot huhu). Naik tangga pun dah mengah2 cam org lelah dah jadinya. tapi cuba juga utk gagahkan diri, xnk manja2 sgt. 'Mama kena kuat, demi anak2 mama'
6) Masih lagi sensitif seperti dulu, cuma sekarang ni saya cuba kawal emosi. Saya akui emosi ibu sewaktu mengandung akan mempengaruhi emosi bayinya. Perkara ni saya dah alami dulu, sewaktu mengandungkan qaisara saya memang kerap menangis, kesudahannya bila qaisara lahir, dia memang kuat menangis, sehingga ke usia satu tahun jugak asyik menangis je, puas jgak kami suami isteri pergi berubat. Belajar dr pengalaman yg lalu, saya cuba untuk lebih tabah mengharungi saat2 mengandung kali nie (walaupun masih berjauhan dgn suami), namun siapa la saya kan, kdg2 tersasar dan terbabas juga huhu..
7) Masih lagi gemar dgn mkanan2 western..
8) Turut mengalami kencing kotor dan discharge kali ni tapi tidak seteruk dulu..
9) Mengandung kali ni saya kerap minum ais dan air manis. Kalo cm dulu saya just minum ais n air manis kalo mkn di kedai saje. Tp kali nie kat rumah pun asyik nk cari ais je, baru2 ni dah kena sound dgn abah n ma huhu, nmpk gayanya kena kurangkanla minum ais nie...
10) Sejak lepas keguguran dulu sehingga qaisara berusia setahun lebih saya memang berpantang dr minuman berkarbonat. Sekarang juga masih sama, tidak berani mengambilnya walaupun kandungan dah besar. Makanan2 lain yg saya pantang seperti air tebu, cuka, tembikai (di awal kehamilan), nenas, durian dan air limau nipis.
11)  Sama seperti dulu, tiap kali balik kg, hubby akan letak bantal @toto untuk alas tempat duduk saya, takot hentakan yg kuat atau bergegar. Pengalaman keguguran lalu membuatkan kami lebih berhati2.


p/s : Moga sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk melalui setiap detik indah ini...