Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Rabu, 21 Mac 2012

Ronda2 at Penang..

Hi,
Dah lama dah tak berblogging  kan2x hehee..


arini just nk pahatkan memori sewaktu pergi bercuti di Penang baru2 nie..



Actually kitaorang gi penang nk pick up my sister in law yg further study kat USM. Kiranya sambil menyelam minum air la huhu..

Kitaorang bertolak dari Kuantan ni kul 7 pagi, maklum la budget nk sampai sana ptg kan. Actually perjalanan dari Kuantan ni memakan masa lebih kurang 7-8 jam jugak huhu.. Lama tu duk dalam kereta, tp nasib baik gak la Qaisara sgt behave sepanjang perjalanan. Dlm kereta Qaisara byk bermain je dgn kakak2 sepupunya. Plg2 tak pun kalo dah penat sgt dia akan tdo je mybe jgak sbb pening coz terlalu lama dlm kereta. tapi bila tgk Qaisara cam dah rasa tak selesa tu sy akan cpt2 bf kan dia supaya pening dia akan berkurang n at last dia akan tdo. Petua ni saya de pnh baca di beberapa artikel, terutamanya kalo kita bwk baby naik flight lagi2 la digalakkan utk bf untuk mengekalkan body balance dia.


Lebih kurang dalam pukul 3 ptg baru kitaorg smp di Penang. Sampai2 saje di Penang terus gi pekena Nasi Kandar hehe.. Walaupun saya ni bknlah jenis yg suka dgn Nasi Kandar nie tp dah smp Penang kan haruslah jugak pekena sepinggan kan tp x abes pun huhu, sya ni mmg bkn type yg ske dgn kari2 bagai tu huhu.. Lepas dah kenyang perut tu terus gerak gi hotel utk check in. Relax 2 di hotel dulu, mlm tu kitaorg plan nk gi ronda2 kat Batu Feringgi but mlm tu jgak hujan lak turun dgn lebatnya so kesudahannya aktiviti kitaorg mlm tu adalah TIDO jela huhu..


Keesokkannya plak, pg2 lagi kitaorg dah check out dr hotel. Destinasi pertama of course la gi breakfast dulu. Pas brekfast  kitaorg terus ke gerai yg menjual jeruk yg paling famous di Penang nie.

"Jeruk Madu Pak Ali" Jeruk Famous Amous di Penang, Sgt bagus coz jeruk ni
dibuat tanpa menggunakan ibu gula.




Qaisara with Pak Ngah

Dah settle shopping jeruk, kitaorang bergerak ke Penang Hill, ataupun nama yg popular Bukit Bendera..
Dah sampai sana tak sah la kalo tak naik cable car @ train nya tu kan.


Bukit Bendera, baru first time smpai sini huhu...


Qaisara with mama



Abah n Ma  Tersayang



 
K la xsempat la nk stori pjg2 huhu byk keje lg nk wt.. Citer sal naik tren at Bukit Bendera tu kita postpone next entry la ye....;-) Hehe gini la kalo curi2 masa ni, sory ye kalo en3 ni tergantung, nanti saya sambung ye... bye..bye...




Ahad, 11 Mac 2012

Happy Birthday My Sweetheart!!

Semalam 10/3/12 my daughter first birthday. Sekejap je masa berlalu kan. Dah besar dah pun ank dara mama ni huhu. Masih teringat lagi saat2 bertarung nyawa melahirkan buah hati pengarang jantung kami ni pada tahun lepas..

Khas buat Nur Irdyna Qaisara:
1) Saat disahkan mengandungkanmu, adalah saat2 yg ditunggu oleh mama.
2) Selama hampir 10 bulan dirimu di dlm rahim mama adalah kenangan berharga buat mama.
3) Saat bertarung nyawa melahirkanmu, merupakan mimpi indah dlm hidup mama.
4) Di kala pertama kali menatap wajahmu, sayang mama pdmu menggunung tingginya.
5) Walaupun selepas melahirkanmu tdo mama tidak lg senyenyak dulu namun kekesalan tdk pnh wujud dlm diri mama.
6) kelahiranmu mematangkan mama. Melatih mama menjadi insan penyabar dan insan yg penuh dgn kasih sayang.
7) Dirimu peneman setia di kala mama berjauhan dgn papa.
8)Melihat dirimu membesar dgn sihat adalah impian mama utk selamanya.
9) Setahun yg berlalu ini adalah tahun yg indah bg mama, mengandung, melahirkan dan membesarkanmu adalah pengalaman yg tak mampu dibeli oleh sesiapa dan mama bersyukur kerana mama diberi peluang utk merasai nikmat itu oleh-NYA
10) Untuk puteri mama yg dikasihi dan dicintai, tiada hadiah mahal yg mampu mama hadiahkan pdmu sempena ulang tahun kelahiran ini, namun mama ingin, sayang tahu kasih dan sayang mama padamu xkan pnh hilang w/pun sesaat kerana dirimu bukti cinta mama pada suami tercinta(papa).

posted from Bloggeroid