Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Isnin, 2 Julai 2012

2/7/2006-2/7/2012

Alhamdulillah,
Hari ni genap 6 tahun percintaan saya n hubby. Bersyukur kerana dipanjangkan jodoh sehingga kami bergelar suami isteri yang sah. Bertambah gembira kerana dikurniakan zuriat pengikat kasih antara kami. Sepanjang 6 tahun mengenali dan mencintai dirinya, banyak mematangkan diri ini. Antara saya dan dirinya mmg boleh dikatakan seperti langit dan bumi, banyak perbezaan antara kami namun harapan saya biarlah perbezaan itu menjadikan kami saling melengkapi antara satu sama lain.

Sepanjang 6 tahun menyemai kasih, seperti pasangan lain, hubungan kami juga ada pasang surutnya. Tipulah kan kalo x penah gaduh ;-).  Insyallah kalo ada masa, saya akan pahatkan kisah perkenalan kami khas untuk qaisara dan adik-adiknya nanti.;-)

Khas utk abg:-
Cinta dan sayang ayg pada abg xpernah kurang walaupun sesaat. Terima kasih kerana sudi mnyunting diri ini menjadi suri hidupmu. Terima kasih juga kerana sanggup menerima kelemahan diri ini.  Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa. I will Love You Till the End of my life.

Kenangan di alam percintaan;-)