Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khamis, 25 April 2013

Qaisara, Wean off, dan Ragam di usia 2tahun.......

Waaah, dah lama rasanye x update stori sal qaisara kan hehe... bukan xnk update tp skang ni vitamin M dah mula menguasai diri la huhu... Trok sgguh mama qaisara ni kan, malas je memanjang...K la, hari ni mama nk stori ckit sal perkembangan qaisara sekarang ni.. Kita stat cite sal wean off dulu la ye..

Wean Off:
Alhamdullilah, proses wean off qaisara tidak la susah seperti yg mama selalu bayangkan, Actually, dah lbih kurang 3minggu qaisara berpisah dengan susu badan mama. Pada mulanya mama just letak nescafe di cik b, sekali qaisara hisap terus dia xnk, siap tanye mama lg nape rasa lain hehe... Lepas drp peristiwa tu, mama cuma bermain psikologi je ngan qaisara tiap kali kalo qaisara nk susu, mama akan kata susu 'yek'la sayang'. Qaisara paham kalo 'yek' tu kotor bg dirinya, so terus xnk hisap. Lama2 qaisara pun dah jarang mintak @ tanye lg.. Kalo dulu tido malam pasti bgun smp 2-3× utk hisap susu tp skang ni tak lg. Namun kdg2 kesian jgak kt dia sbb nmpk jgak yg dia rindu kt cik b ni huhu, maklum la dah 2 tahun lebih bersama, skang kna berpisah. Sedih mama tgk, tp mama kena kuat.. Mama lakukan ni semua ada sebabnya sayang, bila sayang dah besar nanti insyallah sayang akan paham. Mama ingat mama sorang je yg sedih bila qaisara bercerai susu badan ngan mama, rupanya papa pun sedih sama huhu. Mama tetap bersyukur, kerana niat untuk mnyusukan qaisara sehingga ke usia 2 tahun tercapai juga walaupun pelbagai dugaan yg mama terpaksa lalui utk merealisasikn hasrat ni. Malah qaisara wean off secara
officialnya di usia 2tahun 1bulan. Mungkin ramai yg pelik knapa mama dah mula pisahkn qaisara ngan susu badan sedangkn susu badan mama masih ada lg smp skarang, malah kdg2 cik b masih lg bengkak, tp mama ade sebab sendiri yg belum boleh diceritakn disini.. Qaisara memang anak yg baik kerana paham keadaan mama skrang sbb tu la proses wean off ni berjalan dgn sgt lancar...

Ragam di usia 2 tahun:
Sebut sahaja sal ragam di usia 2 tahun ni rasanya, ibu2 di luar sana pun dah leh bayangkan bagaimana kelincahan kanak2 yg sedang membesar ni. Pelbagai aksi yg ditonjolkan. Antaranya:
1) Semakin kuat mengajuk dan mengamuk, pantang ada yg tak kena cikit @kemahuannya tidak dituruti pasti bergulingla dia kat lantai sambil campak2 brg huhu..
2) Suka sgt main ngan kakak2. tiap2 ptg msti nk main kat luar rumah ngan kakak2 sepupunya.
3) Sama jgak ngan bdak2 lain yg lahir di zaman it ni, qaisara jga sgt suka men game kt phone.
4) Minat sgt ngan upin ipin. hari2 msti tgk cite upin ipin smp dia pun dh boleh hafal dialog upin n ipin tu. Lawak jgak sekali sekala tgk upin ipin belom pun sbut dialog tu dia dah sebut dulu hehe..Papa lak selalu pesan kat mama jgn lupa utk download citer terbaru, takot sgt ank dia bosan tgk cite sama je huhu...
5) Dah pandai nak mintak2 itu ini, apa yg dia suka pasti dia akn mntak suh belikan.
6) Qaisara ni pantang tgk stesyen minyak, kalo nmpk je petronas @ shell msti suh berhenti, alasannya nk pergi shopping kat dlm kedai tu. Bila masuk je confirm 'kelabu mata' semua dia nak huhu...
7) Kalo kena marah ngan mama, qaisara dah pandai mengadu ngan 'mak' n 'ayah' dia huhu..
8) Yang bestnya kalo mama ngajuk, qaisara akan datang peluk n cium mama hehe....
9) Alhamdulillah, walaupun papa tidak tinggal sekali, qaisara tetap rapat n manja ngan papa dia. Kalo papa balik, confirm melekat je ngan papa dia.
10) Macam budak2 lain gak  qaisara pantang tgk ice cream ngan coklat, mybe dah lumrah semulajadi bdak2 suka pada mknan2 ringan walaupun tak diajar. Kalo ngan papa, boleh la qaisara merasa, kalo ngan mama susah la cikit nk bg hehe... Tp bukan la tak bg langsung, kesian jgak kat budak2 kalo kita sbg parents asyik menyekat kemahuannya. Tapi pas makan ice cream @ coklat pasti mama akn cpt2 ajak qaisara gosok gigi huhu... Takot jgak bila tgk bdak2 sebaya qaisara ada yg dah rosak giginya..


Jumaat, 12 April 2013

Peritnya Sebuah Perpisahan!!

Salam,
Alhamdulillah, baru hari ni diberi kekuatan untuk mencoret sedikit kisah yang berlaku di dalam kehidupan saya.Satu kisah yang bagi saya penuh dengan kesedihan.. Setiap orang pastinya akan melalui saat2 perpisahan di dalam hidup kita, dan sudah menjadi lumrah hidup, perkataan perpisahan itu sendiri sudah menunjukkan nilai kesedihannya. Sedih bila terpaksa berpisah dengan insan2 tersayang. Apatah lagi perpisahan yg berlaku adalah perpisahan yang kekal abadi

Kesedihan itulah yang melanda diri saat dikhabarkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat karib, allahyarham Safawati Zainal. Arwah meninggal  dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari sekolah pada 28 februari yang lalu. Bayangkan bagaimana perasaan saya sewaktu menerima berita sedih ini,  disebelah pagi masih sempat berborak dan bergurau senda dengan arwah seperti biasa, namun di sebelah petang mendapat khabar yang arwah telah kembali ke rahmatuallah. Hanya Allah yg tahu perasaan yg bercampur baur ketika itu,. Sejujurnya, saya langsung tidak mempercayai berita yg telah diterima pada ptg itu, namun bila semakin ramai rakan2 yg menelefon menyampaikan berita yang sama, saya mula menerimanya sedikit demi sedikit.

Arwah pergi  di usia yang agak muda iaitu 29 tahun, turut   meninggalkan 2 orang permata hati yang
masih kecil. Yang sulung baru menjangkau usia 4 tahun dan yang kedua baru berusia 9 bulan. Sepanjang mengenali arwah, arwah seorang yang ceria, peramah dan sentiasa mengambil berat tentang teman2nya. Arwah juga jarang mengecewakan teman-temannya malah sentiasa menghiburkan hati kami semua. Masih saya ingat, saat arwah masuk sahaja di dalam bilik guru, keadaan yang sunyi sepi pastinya  akan bertukar menjadi kecoh dan meriah dengan hilai tawa rakan-rakan. Hilang sekejap stress dengan bebanan kerja yang bertimbun, hilang lelah kehulu kehilir menyiapkan kerja dan lupa seketika dgn kenakalan anak-anak murid tersayang... Pelbagai cerita yg akan diceritakan malah arwah juga berinfomasi orangnya... Saya sendiri selalu berguru dengan arwah mengenai hal2 rumahtangga dan hal2 penjagaan anak2.. Tetapi sekarang, tiada lagi saat itu, arwah pergi meninggalkan kami teman-temannya dengan penuh pengajaran yg perlu dijadikan iktibar. Betul kata orang, ajal maut itu tidak kira usia tua atau muda dan kita juga tidak tahu saat dan ketika kita juga akan dipanggil oleh Nya...

Pemergian arwah memang meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap diri saya. Agak terkilan bila arwah tidak sempat menyempurnakan hasratnya untuk menyusukan anak kedua sehingga usia dua tahun. Arwah memang tekad ingin menyusukan anaknya sehingga usia dua tahun, malah sehingga saat permergiannya pun beliau masih menyusukan si kecil tanpa campuran dgn mana2 susu formula. Arwah juga banyak meninggalkan stok2 ebm nya, untuk anak tersayang, walaupun mungkin tidak cukup sehingga ke usia 2 tahun namun ada juga pengubat rindu untuk si kecil. Paling menyedihkan saya, saat pihak bomba menjumpai arwah di tempat kemalangan, beliau masih mengepam susu kerana pam susu masih berada di dada arwah. Begitu tingginya semangat arwah untuk menyusu. Arwah memang biasa mengepam susu sewaktu drive kerana beliau menggunakan breastpump jenis Medela Free Style yg boleh free hand. Semangat arwah dalam meneruskan penyusuan memang saya kagumi. Walaupun tiada, saya berharap semangat arwah akan sentiasa ada dalam diri saya juga..

P/s: ' Safa, aku rindu sangat kat ko, rindu sgt2.. Awalnya ko pergi tinggalkan aku ngan rakan2 lain. Hilang sudah tempat aku mengadu, hilang sudah tempat aku meminta nasihat dan hilang juga seorang teman yg sentiasa buat aku tersenyum.Tak ramai kawan macam ko, sanggup susah senang sama2, sentiasa menceriakan hati yg sering gundah gulana..Walaupun ko dah tak boleh dgr apa yg aku cakap n baca apa yg aku tulis ni, tp aku tetap nk tulis jgak, ko la sahabat aku dunia akhirat. Tiada apa yg dapat aku berikan selain doa supaya dirimu1 tenang di sana. Saat aku melihat sekujur tubuh kaku dirimu pada malam terakhir tu, aku juga seakan ingin rebah, namun permergian dirimu aku redha. Sesungguhnya itu yg telah ditetapkan oleh Allah buat kita . Terima kasih kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan aku seorang sahabat seperti dirimu walaupun hanya seketika. Aku juga ingin meminta maaf kerana sehingga detik ini, aku masih belum mampu untuk pergi menjenguk 2 org permata hati yg engkau tinggalkan kerana aku masih tidak kuat untuk melaluinya, aku takut saat melihat wajah mereka aku tidak dapat menahan tanggisku sedangkan patutnya aku yg menenangkan mereka. Cuma doa juga yg mampu aku panjatkan semoga mereka berdua mebesar menjadi anak2 soleh dan solehah supaya dapat mendoakan kesejahteraan ibu mereka di sana kelak'.


Kepada semua yang membaca entri ini, mohon sedekahkan al-fatihah kepada teman saya, Arwah Safawati Zainal yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Februari 2013. Al-Fatihah...- Ameeen- Terima kasih..