Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Jumaat, 12 April 2013

Peritnya Sebuah Perpisahan!!

Salam,
Alhamdulillah, baru hari ni diberi kekuatan untuk mencoret sedikit kisah yang berlaku di dalam kehidupan saya.Satu kisah yang bagi saya penuh dengan kesedihan.. Setiap orang pastinya akan melalui saat2 perpisahan di dalam hidup kita, dan sudah menjadi lumrah hidup, perkataan perpisahan itu sendiri sudah menunjukkan nilai kesedihannya. Sedih bila terpaksa berpisah dengan insan2 tersayang. Apatah lagi perpisahan yg berlaku adalah perpisahan yang kekal abadi

Kesedihan itulah yang melanda diri saat dikhabarkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat karib, allahyarham Safawati Zainal. Arwah meninggal  dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari sekolah pada 28 februari yang lalu. Bayangkan bagaimana perasaan saya sewaktu menerima berita sedih ini,  disebelah pagi masih sempat berborak dan bergurau senda dengan arwah seperti biasa, namun di sebelah petang mendapat khabar yang arwah telah kembali ke rahmatuallah. Hanya Allah yg tahu perasaan yg bercampur baur ketika itu,. Sejujurnya, saya langsung tidak mempercayai berita yg telah diterima pada ptg itu, namun bila semakin ramai rakan2 yg menelefon menyampaikan berita yang sama, saya mula menerimanya sedikit demi sedikit.

Arwah pergi  di usia yang agak muda iaitu 29 tahun, turut   meninggalkan 2 orang permata hati yang
masih kecil. Yang sulung baru menjangkau usia 4 tahun dan yang kedua baru berusia 9 bulan. Sepanjang mengenali arwah, arwah seorang yang ceria, peramah dan sentiasa mengambil berat tentang teman2nya. Arwah juga jarang mengecewakan teman-temannya malah sentiasa menghiburkan hati kami semua. Masih saya ingat, saat arwah masuk sahaja di dalam bilik guru, keadaan yang sunyi sepi pastinya  akan bertukar menjadi kecoh dan meriah dengan hilai tawa rakan-rakan. Hilang sekejap stress dengan bebanan kerja yang bertimbun, hilang lelah kehulu kehilir menyiapkan kerja dan lupa seketika dgn kenakalan anak-anak murid tersayang... Pelbagai cerita yg akan diceritakan malah arwah juga berinfomasi orangnya... Saya sendiri selalu berguru dengan arwah mengenai hal2 rumahtangga dan hal2 penjagaan anak2.. Tetapi sekarang, tiada lagi saat itu, arwah pergi meninggalkan kami teman-temannya dengan penuh pengajaran yg perlu dijadikan iktibar. Betul kata orang, ajal maut itu tidak kira usia tua atau muda dan kita juga tidak tahu saat dan ketika kita juga akan dipanggil oleh Nya...

Pemergian arwah memang meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap diri saya. Agak terkilan bila arwah tidak sempat menyempurnakan hasratnya untuk menyusukan anak kedua sehingga usia dua tahun. Arwah memang tekad ingin menyusukan anaknya sehingga usia dua tahun, malah sehingga saat permergiannya pun beliau masih menyusukan si kecil tanpa campuran dgn mana2 susu formula. Arwah juga banyak meninggalkan stok2 ebm nya, untuk anak tersayang, walaupun mungkin tidak cukup sehingga ke usia 2 tahun namun ada juga pengubat rindu untuk si kecil. Paling menyedihkan saya, saat pihak bomba menjumpai arwah di tempat kemalangan, beliau masih mengepam susu kerana pam susu masih berada di dada arwah. Begitu tingginya semangat arwah untuk menyusu. Arwah memang biasa mengepam susu sewaktu drive kerana beliau menggunakan breastpump jenis Medela Free Style yg boleh free hand. Semangat arwah dalam meneruskan penyusuan memang saya kagumi. Walaupun tiada, saya berharap semangat arwah akan sentiasa ada dalam diri saya juga..

P/s: ' Safa, aku rindu sangat kat ko, rindu sgt2.. Awalnya ko pergi tinggalkan aku ngan rakan2 lain. Hilang sudah tempat aku mengadu, hilang sudah tempat aku meminta nasihat dan hilang juga seorang teman yg sentiasa buat aku tersenyum.Tak ramai kawan macam ko, sanggup susah senang sama2, sentiasa menceriakan hati yg sering gundah gulana..Walaupun ko dah tak boleh dgr apa yg aku cakap n baca apa yg aku tulis ni, tp aku tetap nk tulis jgak, ko la sahabat aku dunia akhirat. Tiada apa yg dapat aku berikan selain doa supaya dirimu1 tenang di sana. Saat aku melihat sekujur tubuh kaku dirimu pada malam terakhir tu, aku juga seakan ingin rebah, namun permergian dirimu aku redha. Sesungguhnya itu yg telah ditetapkan oleh Allah buat kita . Terima kasih kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan aku seorang sahabat seperti dirimu walaupun hanya seketika. Aku juga ingin meminta maaf kerana sehingga detik ini, aku masih belum mampu untuk pergi menjenguk 2 org permata hati yg engkau tinggalkan kerana aku masih tidak kuat untuk melaluinya, aku takut saat melihat wajah mereka aku tidak dapat menahan tanggisku sedangkan patutnya aku yg menenangkan mereka. Cuma doa juga yg mampu aku panjatkan semoga mereka berdua mebesar menjadi anak2 soleh dan solehah supaya dapat mendoakan kesejahteraan ibu mereka di sana kelak'.


Kepada semua yang membaca entri ini, mohon sedekahkan al-fatihah kepada teman saya, Arwah Safawati Zainal yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Februari 2013. Al-Fatihah...- Ameeen- Terima kasih..

 

3 ulasan:

  1. Suhailly Zainal2 Mei 2013 3:29 PTG

    Al-Fatihah. Kami sekeluarga juga teramat rindukan arwah yang sememangnya ceria

    BalasPadam
  2. Kak Suhaily: Takziah utk akak n keluarga, pastinya keluarga berganda2 rindukn arwah. Moga akak sekeluarga sentiasa tabah menghadapi semua ini. Farah juga minta maaf kalo ada ayat2 dlm entri ni yg boleh menghiris perasaan ahli keluarga arwah ye. Salam perkenalan juga utk akak :)

    BalasPadam
  3. Suhailly Zainal6 Jun 2013 11:36 PG

    Terima kasih. Ya, kami sangat, sangat, sangat merinduinya... Emak pun kadang tersasul panggil nama arwah. Aimy pun tanya ibu mana? Walaupun dia tahu ibu dah tak ada. Tapi kerana rindu nak panggil IBU. Sedihkan... Salam perkenalan juga untuk Diyana :-). Besok Birthday Ammar 1 Tahun 07.06.2013. Ammar dah boleh jalan bertatih :-)

    BalasPadam