Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Selasa, 18 Mac 2014

3rd Birthday of Qaisara

Tanggal 10 Mac 2014 baru ni, genap la usia puteri sulung kami 3 tahun, Nur Irdyna Qaisara. Alhamdulillah qaisara membesar dgn sihat dan cerdas. Tiada apa yg mengembirakan saya dan suami selain drpd melihat ank2 membesar di depan mata sendiri.Malah tahun ni lebih bermakna apabila qaisara juga telah memiliki saudara kandung sendiri. Kami juga sgt happy sbb impian dan harapan kami selama 4 tahun ini akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah swt pd penghujung tahun lepas. Akhirnya kami sekeluarga dapat tinggal bersama2. Bersyukur sgt2 setelah 4 tahun akhirnya kami dpt membina keluarga kami sendiri.
Ok la, berbalik pd cerita sambutan hari jadi qaisara tahun ni, kami suami isteri dua2 dah excited coz tahun ni boleh la sambut birthday on that day sbb dah duduk bersama, kalo tak sebelum ni tiap kali birthday mesti buat belated je huhu.. Lgpun masa birthday qaisara yg ke 2 tahun dulu, kami hanya belikan hadiah tp xsempat nk celebrate coz waktu tu saya mmg tak larat sbb sdg melalui fasa2 first trimester (mengandungkan yusuf ar rayyan). Jadi tahun ni, awal2 lg husband dah pesan kat saya suruh buat jgak smbutan birthday utk qaisara. Birthday celebration kali ni kami buat di kalangan keluarga sahaja. Ajak sepupu2 qaisara sekali baru la meriah cikit hehe..  Simple celebration tp yg penting qaisara happy itu yg saya dan suami inginkan.  Birthday qaisara tahun ni jatuh ari isnin, so klam kabut cikit la coz balik sek pukul 4 terus berkejar pergi beli kek n bahan2 utk masak. Sampai2 rumah terus masuk dapur. Menu simple je Mee goreng n a few side dish. Alhamdullilah cukup la utk fmly kecil saya.. Sgt seronok bila kami lihat qaisara happy dgn sambutan birthday kali ni walaupun sgt simple. Kira terbalas da la hutang mama n papa tahun lepas pd qaisara ye hehe..
Keletah di usia 3 tahun lak mmg pelbagai ada yg menhiburkn hati dan tak kurang juga yg menguji kesabaran mama n papa. Adat la budak nk membesar ni kerenahnya mcm2. Apa2 pun ini la pengalaman yg tidak ternilai buat mama n papa. Semakin hari semakin pndai berkata2 kdg2 ada yg tak terjawab oleh kami berdua huhu.. Alhamdulillah sebelum usianya mencecah 3 tahun qaisara juga dah berjaya utk 'pampersless'. Walaupun belum fully meninggalkan pmpers tp ini pun dah merupakan perkembangan yg bagus bg kami. Walaupun mungkin tidak sehebat or sepetah knk2 lain yg seusia dgnnya tp mama n papa cukup bangga dgn qaisara. Harapan kami suami isteri semoga qaisara sentiasa berada dibawah lindunganNYA, membesar dgn sihat dan cergas, menjadi ank yg solehah serta mampu membimbing dan menjadi contoh teladan yg baik buat adik2nya kelak:-)
Happy Birthday Our Sweetheart
Potong kek ngan sepupu2
potong kek ngan sepupu2
dgn sepupu plg kamcing;-)
bersama kakak2, xcukup corum, sorang xbalik ada di putrajaya
3rd birthday cake yg simple..
happy time!!!
saya pun nk enteprem gak mama!! (5 months of Yusuf Ar Rayyan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan