Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Isnin, 2 April 2012

Qaisara Birthday Celebration-------Turns 1

Tanggal 10 Mac 2012 baru2 ni genapla usia puteri tersayang satu tahun.Alhamdullilah, Qaisara membesar dengan sempurna dan bijak. So, sempena birthday qaisara yg first time ni, saya n hubby de la planning wat small n simple party utk celebrate  her birthday. Bukan pe, just utk kenang-kenangan qaisara bile dia dah besar nanti.

Celebration ni diadakan tepat2 tanggal 10 Mac tersebut :-) kebetulan tarikh tersebut mmg hujung minggu n bersambung lak ngan cuti sekolah so, mmg masa yg sgtt sesuai.. Party ni sy wat kecil2 saja, just jemput saudara mara yg terdekat, jiran2  n beberapa teman rapat saya n hubby.  Majlis yg bermula selepas asar berjalan dengan sgt lancar.
Birthday Girl wiv Papa

Birthday Girl wiv mama


Apam Polkadot yg comel hehe, syg nk mkn huhu tp abis jgk;-)



Beberapa jenis kuih yg dihidang, semuanya tempah kuikui



Candies n a gift for childrens



Birthday Girl Bad Mood on That Day,
 langsung xnk berenggang ngan mama huhu


Jemput Makan!
Nasi Dagang n Mee Goreng, two main food on that Day!
Kira sesuai la tu kan utk minum ptg hehe..


Makan2 Time


My Cousin Tauke Apam Polkadot hehe..


Birthday Cake... Simple.. Saje mls nk tempah yg kartun2 tu coz
qaisara pun bkn reti  lg sal kartun2 ni, so beli la kek yg ikut
citarasa tekak mama n papa hehe..
Chocholate Indulgance From Secret Recipies mmg terbaiiik..


Wiv Dayang2 on that Day


Excited nk potong kek


Org sibuk nk potong kek, papa lak sibuk nk
 pkaikan headband kat Qaisara hehe

The Lovely Moment..



Sangat bersyukur coz dapat juga celebrate birthday Qaisara walaupun just a simple party (thankz kpd yg sudi hadir memeriahkn majlis), by the way dgn terlaksananya party ni maka one of my wishlist in 2012 dah pun tercapai, Alhamdulillah.. harap2 wishlist yg lain juga turut terlaksana tahun ini AMIN....

Rindu.....

Rindu pada si kecik ni wlaupun bru pg td hantar kt rumah pengasuh. Huhu... Tak sabar,nk tggu abes sesi persekolahan hari ni, nk balik, nk peluk cium qaisara..






posted from Bloggeroid

Rabu, 21 Mac 2012

Ronda2 at Penang..

Hi,
Dah lama dah tak berblogging  kan2x hehee..


arini just nk pahatkan memori sewaktu pergi bercuti di Penang baru2 nie..



Actually kitaorang gi penang nk pick up my sister in law yg further study kat USM. Kiranya sambil menyelam minum air la huhu..

Kitaorang bertolak dari Kuantan ni kul 7 pagi, maklum la budget nk sampai sana ptg kan. Actually perjalanan dari Kuantan ni memakan masa lebih kurang 7-8 jam jugak huhu.. Lama tu duk dalam kereta, tp nasib baik gak la Qaisara sgt behave sepanjang perjalanan. Dlm kereta Qaisara byk bermain je dgn kakak2 sepupunya. Plg2 tak pun kalo dah penat sgt dia akan tdo je mybe jgak sbb pening coz terlalu lama dlm kereta. tapi bila tgk Qaisara cam dah rasa tak selesa tu sy akan cpt2 bf kan dia supaya pening dia akan berkurang n at last dia akan tdo. Petua ni saya de pnh baca di beberapa artikel, terutamanya kalo kita bwk baby naik flight lagi2 la digalakkan utk bf untuk mengekalkan body balance dia.


Lebih kurang dalam pukul 3 ptg baru kitaorg smp di Penang. Sampai2 saje di Penang terus gi pekena Nasi Kandar hehe.. Walaupun saya ni bknlah jenis yg suka dgn Nasi Kandar nie tp dah smp Penang kan haruslah jugak pekena sepinggan kan tp x abes pun huhu, sya ni mmg bkn type yg ske dgn kari2 bagai tu huhu.. Lepas dah kenyang perut tu terus gerak gi hotel utk check in. Relax 2 di hotel dulu, mlm tu kitaorg plan nk gi ronda2 kat Batu Feringgi but mlm tu jgak hujan lak turun dgn lebatnya so kesudahannya aktiviti kitaorg mlm tu adalah TIDO jela huhu..


Keesokkannya plak, pg2 lagi kitaorg dah check out dr hotel. Destinasi pertama of course la gi breakfast dulu. Pas brekfast  kitaorg terus ke gerai yg menjual jeruk yg paling famous di Penang nie.

"Jeruk Madu Pak Ali" Jeruk Famous Amous di Penang, Sgt bagus coz jeruk ni
dibuat tanpa menggunakan ibu gula.




Qaisara with Pak Ngah

Dah settle shopping jeruk, kitaorang bergerak ke Penang Hill, ataupun nama yg popular Bukit Bendera..
Dah sampai sana tak sah la kalo tak naik cable car @ train nya tu kan.


Bukit Bendera, baru first time smpai sini huhu...


Qaisara with mama



Abah n Ma  Tersayang



 
K la xsempat la nk stori pjg2 huhu byk keje lg nk wt.. Citer sal naik tren at Bukit Bendera tu kita postpone next entry la ye....;-) Hehe gini la kalo curi2 masa ni, sory ye kalo en3 ni tergantung, nanti saya sambung ye... bye..bye...




Ahad, 11 Mac 2012

Happy Birthday My Sweetheart!!

Semalam 10/3/12 my daughter first birthday. Sekejap je masa berlalu kan. Dah besar dah pun ank dara mama ni huhu. Masih teringat lagi saat2 bertarung nyawa melahirkan buah hati pengarang jantung kami ni pada tahun lepas..

Khas buat Nur Irdyna Qaisara:
1) Saat disahkan mengandungkanmu, adalah saat2 yg ditunggu oleh mama.
2) Selama hampir 10 bulan dirimu di dlm rahim mama adalah kenangan berharga buat mama.
3) Saat bertarung nyawa melahirkanmu, merupakan mimpi indah dlm hidup mama.
4) Di kala pertama kali menatap wajahmu, sayang mama pdmu menggunung tingginya.
5) Walaupun selepas melahirkanmu tdo mama tidak lg senyenyak dulu namun kekesalan tdk pnh wujud dlm diri mama.
6) kelahiranmu mematangkan mama. Melatih mama menjadi insan penyabar dan insan yg penuh dgn kasih sayang.
7) Dirimu peneman setia di kala mama berjauhan dgn papa.
8)Melihat dirimu membesar dgn sihat adalah impian mama utk selamanya.
9) Setahun yg berlalu ini adalah tahun yg indah bg mama, mengandung, melahirkan dan membesarkanmu adalah pengalaman yg tak mampu dibeli oleh sesiapa dan mama bersyukur kerana mama diberi peluang utk merasai nikmat itu oleh-NYA
10) Untuk puteri mama yg dikasihi dan dicintai, tiada hadiah mahal yg mampu mama hadiahkan pdmu sempena ulang tahun kelahiran ini, namun mama ingin, sayang tahu kasih dan sayang mama padamu xkan pnh hilang w/pun sesaat kerana dirimu bukti cinta mama pada suami tercinta(papa).

posted from Bloggeroid

Selasa, 28 Februari 2012

Jalan2 at Melaka----Part 2

Hari Kedua Di Melaka, kitaorg just pegi kat Bandar Hilir Melaka, Kota A Famosa, Menara Taming Sari n beberapa tempat di sekitar Dataran Pahlawan.











P/s:Enjoy sgt mase gi Melaka ni coz only 3 of us je hehe... Tp tetap terkilan coz x berkesempatan utk pegi Zoo Melaka, smp je kat Zoo ritu hujan pun turun huhu( kalo xde ank tu mahu diredah je hee). So pesanan utk my hubby, kita pegi lagi ye nanti, byk lg tempat menarik kt Melaka tu hehe..

Rabu, 18 Januari 2012

Jalan2 at Melaka----- Part 1

Wah baru nk citer sal school holidays last year la kuang2x... Ok la tak nk citer byk2 la sbnrnye coz citer dah basi dah pun huhu.. Tp nk post gak citer ni utk kenangan saya n family nanti. So pe lg kita berstori ngan gambar2 je la ye..School holiday on december 2011 ritu saya, hubby n qaisara de la pg jln2 kat Melaka.

Hari Pertama di Melaka:-
Sampai sahaja di Bandaraya Melaka, lepas check in hotel, kitaorg terus gi mkn (sebelum berjalan kna penuhkan perut dulu hehe. Lpas dah kenyang baru la stat jln2. First destination kami adalah Dataran Pahlawan. Jalan2 cuci mata je kat cni huhu.. Sebelah Malam lak kitaorg ke Hentian Hang Jebat untuk menaiki Melaka River Cruise.. Tercapai gak hasrat nk naik cruise wlpun hasrat sebenar nk naik cruise Putrajaya, tp tak berkesempatan coz masa berada di Putrajaya ritu, keadaan cuaca tidak mengizinkan, maklum la bulan 12 huhu.. Pepepun Melaka River Cruise tetap Enjoy n Fun. Jom layan gambar.

















P/s: Kisah hari ke-2 di Melaka bersambung di Part 2.

Isnin, 16 Januari 2012

Hukum Berkhatan Bagi Perempuan..

Hari ni sesaje nk review sedikit tentang isu berkhatan di kalangan perempuan. Since dapat baby girl nie byk jgak bende2 yg tak diketahui sebelum ini telah saya pelajari.. Alhamdulillah, ilmu di dada semakin bertambah, harapan saya agar ianya sentiasa bertambah sejajar dengan pertambahan usia... Isu berkhatan bagi anak-anak perempuan ni, byk sgt kita dengar pendapatnya, de yg kata wajib, sunat, harus dan sebagainya..Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemuliaan dan martabat wanita itu sendiri.


Perbezaan pendapat para ulama berkenaan hukum khatan bagi perempuan tersebut disebabkan riwayat hadis berkaitan khatan perempuan yang masih dipermasalahkan kekuatannya. Tidak ada hadis sahih yang menjelaskan hukum khatan perempuan. Ibnu Mundzir mengatakan bahawa tidak ada hadis yang boleh dijadikan rujukan dalam masalah khatan perempuan dan tidak ada sunnah yang boleh dijadikan landasan. Semua hadis yang meriwayatkan khatan perempuan mempunyai sanad dlaif atau lemah.

Hadis paling popular tentang khatan perempuan adalah hadis Ummi 'Atiyah r.a., Rasulllah bersabda kepadanya:"Wahai Umi Atiyah, berkhatanlah dan jangan berlebihan, sesungguhnya khatan lebih baik bagi perempuan dan lebih menyenangkan bagi suaminya". Hadist ini diriwayatkan oleh Baihaqi, Hakim dari Dhahhak bin Qais.

Abu Dawud juga meriwayatkan hadist serupa namun semua riwayatnya dlaif dan tidak ada yang kuat. Abu Dawud sendiri konon meriwayatkan hadist ini untuk menunjukkan kedlaifannya. Demikian dijelaskan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Talkhisul Khabir.

Mengingat tidak ada hadist yang kuat tentang khatan perempuan ini, Ibnu Hajar meriwayatkan bahwa sebagian ulama Syafi'iyah dan riwayat dari imam Ahmad mengatakan bahwa tidak ada anjuran khatan bagi perempuan.

Sebagian ulama mengatakan bahwa perempuan Timur (kawasan semenanjung Arab) dianjurkan khatan, sedangkan perempuan Barat dari kawasan Afrika tidak diwajibkan khatan karena tidak mempunyai kulit yang perlu dipotong yang sering mengganggu atau menyebabkan kekurang nyamanan perempuan itu sendiri.

Apa yang dipotong dari perempuan

Imam Mawardi mengatakan bahwa khatan pada perempuan yang dipotong adalah kulit yang berada di atas vagina perempuan yang berbentuk mirip balaong(cengger) ayam. Yang dianjurkan adalah memotong sebagian kulit tersebut bukan menghilangkannya secara keseluruhan. Imam Nawawi juga menjelaskan hal yang sama bahwa khatan pada perempuan adalah memotong bahagian bawah kulit lebih yang ada di atas vagina perempuan.

Namun pada penerapannya banyak kesalahan dilakukan oleh umat Islam dalam melaksanakan khatan perempuan, yaitu dengan berlebih-lebihan dalam memotong bahagian alat vital perempuan. Seperti yang dikutib Dr. Muhammad bin Lutfi Al-Sabbag dalam bukunya tentang khatan bahwa kesalahan besar dalam melaksanakan khatan perempuan banyak terjadi di masyarakat muslim Sudan dan Indonesia.

Kesalahan tersebut berupa pemotongan tidak hanya kulit bagian atas alat vital perempuan, tapi juga memotong hingga semua daging yang menonjol pada alat vital perempuan, termasuk clitoris sehingga yang tersisa hanya saluran air kencing dan saluran rahim. Khatan model ini di masyarakat Arab dikenal dengan sebutan "Khatan Fir'aun".

Beberapa kajian perubatan membuktikan bahwa khatan seperti ini boleh menimbulkan kesan negatif bagi perempuan baik secara kesehatan maupun psikologis, seperti menyebabkan perempuan tidak stabil dan mengurangi gairah seksualnya. Bahkan sebahagian ahli perubatan menyatakan bahwa khatan model ini juga boleh menyebabkan berbagai pernyakit kelamin pada perempuan.

Seandainya hadis tentang khatan perempuan di atas sahih, maka di situ pun Rasulullah s.a.w. melarang berlebih-lebihan dalam mengkhatan anak perempuan. Larangan dari Rasulullah s.a.w. secara hukum boleh menunjukkan keharaman tindakan tersebut. Apalagi bila terbukti bahwa berlebihan atau kesalahan dalam melaksanakan khatan perempuan boleh menimbulkan kesan negatif, maka boleh dipastikan keharaman tindakan tersebut.

Dengan pertimbangan-pertimbangan di atas beberapa kalangan ulama kontemporer menyatakan bahawa apabila tidak boleh terjamin pelaksanaan khatan perempuan secara benar, terutama bila itu dilakukan terhadap anak perempuan yang masih bayi, yang pada umumnya sulit untuk boleh melaksanakan khatan perempuan dengan tidak berlebihan, maka sebaiknya ditunggu sehingga bayi agak besar untuk melakukan khatan perempuan
(Sumber daripada www. iluvislam.com)

Namun bagi pendapat saya, tak salah kalo kita berkhatan kan. Dari segi sains pun, berkhatan ni banyak manfaatnya.Alhamdullilah, kami suami isteri telah menjalankan tanggungjawab kami sbg ibu bapa kepada puteri tersayang dengan menkhatankannya. Qaisara telah dikhatankan sewaktu usianya satu bulan lagi(sewaktu masih dalam pantang). Saya juga telah memilih doktor untuk melakukan proses ini, bukan kerana tidak percaya pada bidan atau pengamal perubatan kampung, namun bagi saya kalo ianya dijalankan di klinik@ hospital ianya lebih hygenic kerana peralatan yg digunakan telah pun disterile.Pepepun ianya terpulang pada pendapat masing2. Hehe ok la, tu saja la info untuk hari ini....