Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Khamis, 25 April 2013

Qaisara, Wean off, dan Ragam di usia 2tahun.......

Waaah, dah lama rasanye x update stori sal qaisara kan hehe... bukan xnk update tp skang ni vitamin M dah mula menguasai diri la huhu... Trok sgguh mama qaisara ni kan, malas je memanjang...K la, hari ni mama nk stori ckit sal perkembangan qaisara sekarang ni.. Kita stat cite sal wean off dulu la ye..

Wean Off:
Alhamdullilah, proses wean off qaisara tidak la susah seperti yg mama selalu bayangkan, Actually, dah lbih kurang 3minggu qaisara berpisah dengan susu badan mama. Pada mulanya mama just letak nescafe di cik b, sekali qaisara hisap terus dia xnk, siap tanye mama lg nape rasa lain hehe... Lepas drp peristiwa tu, mama cuma bermain psikologi je ngan qaisara tiap kali kalo qaisara nk susu, mama akan kata susu 'yek'la sayang'. Qaisara paham kalo 'yek' tu kotor bg dirinya, so terus xnk hisap. Lama2 qaisara pun dah jarang mintak @ tanye lg.. Kalo dulu tido malam pasti bgun smp 2-3× utk hisap susu tp skang ni tak lg. Namun kdg2 kesian jgak kt dia sbb nmpk jgak yg dia rindu kt cik b ni huhu, maklum la dah 2 tahun lebih bersama, skang kna berpisah. Sedih mama tgk, tp mama kena kuat.. Mama lakukan ni semua ada sebabnya sayang, bila sayang dah besar nanti insyallah sayang akan paham. Mama ingat mama sorang je yg sedih bila qaisara bercerai susu badan ngan mama, rupanya papa pun sedih sama huhu. Mama tetap bersyukur, kerana niat untuk mnyusukan qaisara sehingga ke usia 2 tahun tercapai juga walaupun pelbagai dugaan yg mama terpaksa lalui utk merealisasikn hasrat ni. Malah qaisara wean off secara
officialnya di usia 2tahun 1bulan. Mungkin ramai yg pelik knapa mama dah mula pisahkn qaisara ngan susu badan sedangkn susu badan mama masih ada lg smp skarang, malah kdg2 cik b masih lg bengkak, tp mama ade sebab sendiri yg belum boleh diceritakn disini.. Qaisara memang anak yg baik kerana paham keadaan mama skrang sbb tu la proses wean off ni berjalan dgn sgt lancar...

Ragam di usia 2 tahun:
Sebut sahaja sal ragam di usia 2 tahun ni rasanya, ibu2 di luar sana pun dah leh bayangkan bagaimana kelincahan kanak2 yg sedang membesar ni. Pelbagai aksi yg ditonjolkan. Antaranya:
1) Semakin kuat mengajuk dan mengamuk, pantang ada yg tak kena cikit @kemahuannya tidak dituruti pasti bergulingla dia kat lantai sambil campak2 brg huhu..
2) Suka sgt main ngan kakak2. tiap2 ptg msti nk main kat luar rumah ngan kakak2 sepupunya.
3) Sama jgak ngan bdak2 lain yg lahir di zaman it ni, qaisara jga sgt suka men game kt phone.
4) Minat sgt ngan upin ipin. hari2 msti tgk cite upin ipin smp dia pun dh boleh hafal dialog upin n ipin tu. Lawak jgak sekali sekala tgk upin ipin belom pun sbut dialog tu dia dah sebut dulu hehe..Papa lak selalu pesan kat mama jgn lupa utk download citer terbaru, takot sgt ank dia bosan tgk cite sama je huhu...
5) Dah pandai nak mintak2 itu ini, apa yg dia suka pasti dia akn mntak suh belikan.
6) Qaisara ni pantang tgk stesyen minyak, kalo nmpk je petronas @ shell msti suh berhenti, alasannya nk pergi shopping kat dlm kedai tu. Bila masuk je confirm 'kelabu mata' semua dia nak huhu...
7) Kalo kena marah ngan mama, qaisara dah pandai mengadu ngan 'mak' n 'ayah' dia huhu..
8) Yang bestnya kalo mama ngajuk, qaisara akan datang peluk n cium mama hehe....
9) Alhamdulillah, walaupun papa tidak tinggal sekali, qaisara tetap rapat n manja ngan papa dia. Kalo papa balik, confirm melekat je ngan papa dia.
10) Macam budak2 lain gak  qaisara pantang tgk ice cream ngan coklat, mybe dah lumrah semulajadi bdak2 suka pada mknan2 ringan walaupun tak diajar. Kalo ngan papa, boleh la qaisara merasa, kalo ngan mama susah la cikit nk bg hehe... Tp bukan la tak bg langsung, kesian jgak kat budak2 kalo kita sbg parents asyik menyekat kemahuannya. Tapi pas makan ice cream @ coklat pasti mama akn cpt2 ajak qaisara gosok gigi huhu... Takot jgak bila tgk bdak2 sebaya qaisara ada yg dah rosak giginya..


Jumaat, 12 April 2013

Peritnya Sebuah Perpisahan!!

Salam,
Alhamdulillah, baru hari ni diberi kekuatan untuk mencoret sedikit kisah yang berlaku di dalam kehidupan saya.Satu kisah yang bagi saya penuh dengan kesedihan.. Setiap orang pastinya akan melalui saat2 perpisahan di dalam hidup kita, dan sudah menjadi lumrah hidup, perkataan perpisahan itu sendiri sudah menunjukkan nilai kesedihannya. Sedih bila terpaksa berpisah dengan insan2 tersayang. Apatah lagi perpisahan yg berlaku adalah perpisahan yang kekal abadi

Kesedihan itulah yang melanda diri saat dikhabarkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat karib, allahyarham Safawati Zainal. Arwah meninggal  dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari sekolah pada 28 februari yang lalu. Bayangkan bagaimana perasaan saya sewaktu menerima berita sedih ini,  disebelah pagi masih sempat berborak dan bergurau senda dengan arwah seperti biasa, namun di sebelah petang mendapat khabar yang arwah telah kembali ke rahmatuallah. Hanya Allah yg tahu perasaan yg bercampur baur ketika itu,. Sejujurnya, saya langsung tidak mempercayai berita yg telah diterima pada ptg itu, namun bila semakin ramai rakan2 yg menelefon menyampaikan berita yang sama, saya mula menerimanya sedikit demi sedikit.

Arwah pergi  di usia yang agak muda iaitu 29 tahun, turut   meninggalkan 2 orang permata hati yang
masih kecil. Yang sulung baru menjangkau usia 4 tahun dan yang kedua baru berusia 9 bulan. Sepanjang mengenali arwah, arwah seorang yang ceria, peramah dan sentiasa mengambil berat tentang teman2nya. Arwah juga jarang mengecewakan teman-temannya malah sentiasa menghiburkan hati kami semua. Masih saya ingat, saat arwah masuk sahaja di dalam bilik guru, keadaan yang sunyi sepi pastinya  akan bertukar menjadi kecoh dan meriah dengan hilai tawa rakan-rakan. Hilang sekejap stress dengan bebanan kerja yang bertimbun, hilang lelah kehulu kehilir menyiapkan kerja dan lupa seketika dgn kenakalan anak-anak murid tersayang... Pelbagai cerita yg akan diceritakan malah arwah juga berinfomasi orangnya... Saya sendiri selalu berguru dengan arwah mengenai hal2 rumahtangga dan hal2 penjagaan anak2.. Tetapi sekarang, tiada lagi saat itu, arwah pergi meninggalkan kami teman-temannya dengan penuh pengajaran yg perlu dijadikan iktibar. Betul kata orang, ajal maut itu tidak kira usia tua atau muda dan kita juga tidak tahu saat dan ketika kita juga akan dipanggil oleh Nya...

Pemergian arwah memang meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap diri saya. Agak terkilan bila arwah tidak sempat menyempurnakan hasratnya untuk menyusukan anak kedua sehingga usia dua tahun. Arwah memang tekad ingin menyusukan anaknya sehingga usia dua tahun, malah sehingga saat permergiannya pun beliau masih menyusukan si kecil tanpa campuran dgn mana2 susu formula. Arwah juga banyak meninggalkan stok2 ebm nya, untuk anak tersayang, walaupun mungkin tidak cukup sehingga ke usia 2 tahun namun ada juga pengubat rindu untuk si kecil. Paling menyedihkan saya, saat pihak bomba menjumpai arwah di tempat kemalangan, beliau masih mengepam susu kerana pam susu masih berada di dada arwah. Begitu tingginya semangat arwah untuk menyusu. Arwah memang biasa mengepam susu sewaktu drive kerana beliau menggunakan breastpump jenis Medela Free Style yg boleh free hand. Semangat arwah dalam meneruskan penyusuan memang saya kagumi. Walaupun tiada, saya berharap semangat arwah akan sentiasa ada dalam diri saya juga..

P/s: ' Safa, aku rindu sangat kat ko, rindu sgt2.. Awalnya ko pergi tinggalkan aku ngan rakan2 lain. Hilang sudah tempat aku mengadu, hilang sudah tempat aku meminta nasihat dan hilang juga seorang teman yg sentiasa buat aku tersenyum.Tak ramai kawan macam ko, sanggup susah senang sama2, sentiasa menceriakan hati yg sering gundah gulana..Walaupun ko dah tak boleh dgr apa yg aku cakap n baca apa yg aku tulis ni, tp aku tetap nk tulis jgak, ko la sahabat aku dunia akhirat. Tiada apa yg dapat aku berikan selain doa supaya dirimu1 tenang di sana. Saat aku melihat sekujur tubuh kaku dirimu pada malam terakhir tu, aku juga seakan ingin rebah, namun permergian dirimu aku redha. Sesungguhnya itu yg telah ditetapkan oleh Allah buat kita . Terima kasih kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan aku seorang sahabat seperti dirimu walaupun hanya seketika. Aku juga ingin meminta maaf kerana sehingga detik ini, aku masih belum mampu untuk pergi menjenguk 2 org permata hati yg engkau tinggalkan kerana aku masih tidak kuat untuk melaluinya, aku takut saat melihat wajah mereka aku tidak dapat menahan tanggisku sedangkan patutnya aku yg menenangkan mereka. Cuma doa juga yg mampu aku panjatkan semoga mereka berdua mebesar menjadi anak2 soleh dan solehah supaya dapat mendoakan kesejahteraan ibu mereka di sana kelak'.


Kepada semua yang membaca entri ini, mohon sedekahkan al-fatihah kepada teman saya, Arwah Safawati Zainal yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Februari 2013. Al-Fatihah...- Ameeen- Terima kasih..

 

Isnin, 31 Disember 2012

Wishlist 2013

Alhamdulillah, hari nie merupakan hari terakhir kita semua berada di tahun 2012, Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013. Pastinya byk kenangan2 yg telah terpahat sepanjang 2012. Ada suka dan ada juga dukanya.. Lumrah hidup kan. Kalo hidup ni asyik happy je xde lak cabaran2nya, xseronok jgak. Seperti biasa melangkah sahaja ke tahun baru pasti sudah ada impian @niat yg telah kita 'setkan' sbg pembakar semangat menempuh kehidupan mendatang.. Bagi mama, tahun 2013 ni ade beberapa harapan yg telah mama 'aim' kan. Alhamdulilah, dlm tahun 2012, ade juga beberapa impian yg telah terlaksana, namun ade juga yg tdk tercapai.. Its ok, kita tutup saje la buku 2012, dan kita buka pula buku 2013 dgn azam yg lebih, mga semua impian akan terlaksana dgn izin Allah swt, insyallah....

Antara wishlist 2013:-
1) Mama masih lg berharap agar kita sekeluarga dpt tinggal bersama2, no more pjj, samada papa dpt tukar ke kuantan @mama dpt tukar ke kl@ yg lebih best kami berdua dpt tukar ke kelantan, xkisah la mana2 pun jnji dpt bersama. Honestly , mama sgt2 jeles bila tgk org yg baru berkahwin dah dpt tinggal bersama2 tapi mama n papa dah lebih 3 tahun  kahwin namun  masih takde rezeki utk  bersama. Bukan tidak berusaha, pelbagai usaha yg telah kami lakukan, tp nmpknya perancangan Allah itu mengatasi segalanya.. Moga2 ada sinar yg lebih cerah menanti kita di hari mendatang, ameen...

2) Ingin berTTC pd tahun ini, maybe baby 2014, insyallah.. Lgpun qaisara dh hampir 2tahun, jd mama n papa rasa sekarang la masa yg sesuai... Sayu juga hati bile baru2 ni mama de bertanye pd papa ape hadiah hari jadi yg dia impikan(mklumla 3/1 kan dh hampir), tp papa hnya jwb dia nk ank lagi!!! so paham2 sendiri la ye hehe...

3) Target mama 2013, mama dpt saving 1k tiap2 bulan.. huhu byk tu,harap2 mama kuat smgat untuk capai target no 3 ni hehe yela org pompuan ni nafsu shoppingnye berganda2.. Saving  utk rumah baru kita nnti, insyallah.. semoga segala urusan dipermudahkan.

4) Mama harap, masih lg mampu bertahan utk mnyusukan qaisara sehingga ke usia 2 tahun. Walaupun hanya tinggal 2bln++ namun risau jgak, pe2 pun boleh berlaku kan... Sebenarnya disebabkan alasan ini juga la mama n papa hanya merancang menambah keluarga mulai sekarang. Mama berharap sgt cukup 2 tahun tempoh penyusuan yg mama berikan pd qaisara. Wean off?? Kita tgk la selepas 2 tahun nnti cmne, kalo masih de rezeki qaisara, insyallah mama pasti akn teruskn...

5) Seperti org lain juga mama berharap di tahun baru ini mama akan menjadi insan yg lebih baik dr segala aspek. Sebagai isteri, anak, ibu malah sbg seorg wanita yg lebih sempurna di mata insan2 tersayang.

6) Masih lg meneruskn impian di tahun 2012, iaitu ingin menurunkn berat bdn huhu. Bln 8-9 ari tu brt dh trun sbyk 8kg, tp skang dh nek semula la huhu...Tahun ni kna lbh rajin gi gym la nmpk gayanye, tahun lepas asyk on-off je ke gym, yela meting selalu abes kul 5-6ptg mane la smpt nk ke gym. Harap2 di tahun baru ni, bersama pengetua baru yg lbih sporting, bg blik awl hendaknye hehe...

7) Mama nk sgt rantai kaki emas. Harap dpt la kumpul duit tahun ni utk beli untuk mengantikn kembali rantai kaki emas mama yg pernah hilang dulu sewaktu mama masih lg study di tanjung malim dulu.  Sbb masa dulu, mama pnh berjanji pd diri sendiri utk ganti blik yg hlg tu huhu...



Tu je kot wishlist tahun ni, xleh byk2 sgt takot x terkejar huhu. Kalo x tercapai semua pun xpela, jnji kita  de target dlm hidup...

Sekian.

Jumaat, 16 November 2012

School Holiday: Day 1 (10/11/12)

Horeey cuti sekolah dah start.... Bg mama cuti sekolah adalah saat yg mama tunggu2 coz time cuti sek jela kita sekeluarga boleh bersama2. Papa, Mama, n Qaisara.. Hari pertama
bermulanya cuti sekolah ni mama n papa dah plan nk keluar dating berdua je... Maklumlah bg pasangan pjj cm mama n papa ni mesti la kna pndai2 cari quality time untuk membaja lg cinta kami. Jd pada hari ni qaisara kami tinggalkn di rumah pengasuh pd sebelah pg n tghari plak mak n ayh akn ambil qaisara.

Papa n mama hanya pergi tgk wayang cerita skyfall (filem james bond 007).  Seronok jgak filem ni. Tp kesian kt papa qaisara coz msih lg mngantuk (xcukup tdo drive dr kl smp ktn pkul 6pg). Selepas tgk wayang terus balik rumah sbb rindukn qaisara hehe... Sayang jgn mrh mama n papa sbb tnggalkn syg tau.. :)


Isnin, 1 Oktober 2012

1Year 6Months of Qaisara

Qaisara already 1 Year 6 Months!!!! Alhamdulillah, puteri kesayangan membesar dengan sihat...  Progress Qaisara di usia 18 bulan nie mmg terlalu byk huhu sbnrnye since memasuki usia 1tahun  perkembangannya mmg tersangat2 cpt so xsmpt la nk update selalu.. So saya rasa saya combine jelaa semua progress Qaisara drp usia 1 tahun hingga sekarang.. So lets check it out...

1) Dah boleh berlari... leh la nak main kejar2...;-)
2) Dah pandai meniru aksi org lain huhu.. (part ni kena hati2 la cikit coz skang dia dlm proses belajar drpd apa yg kita buat kan..)
3) Dah byk word yg qaisara pandai sebut antaranya mama, papa, mak( ma saya), ma(pengasuh), abah(suami pengasuh), kakak, cat(kucing), ball (bola), susu,pampers, nak tu.., tak mboh (hehe loghat tganu yg maksudnya xnk), nak ckit..., and byk gak lg la tp yg lain byk dlm bhasanye yg tersendri hehe..
4) Boleh menerima dan mengikut arahan dgn baik... (boleh diharap la skang nie). Boleh la nk mintak2 tlg amik brg yg ringan2..
5) Dah pandai sabun badan n gosok gigi sendri waktu mandi... tp mama still xpuas ati hehe mesti nk kena repeat jgak lg...
6) Suka sangat makan ikan,kalo nmpk ikan mesti nk ratah ikan je huhu..
7) Dlm proses belajar nk pakai baju dan seluar sendiri..
8) Dah pandai pilih2 baju mana yg nk dipakai...
9) Dah boleh mengira tp selalunya no satu /one je yg bunyi plg kuat hehe...
10) Suka sgt merajuk n kuat mengamuk (kalo mengamuk qaisara akan hempas2kn bdn n kepala dia so kena hati2 jgak wktu ni..)
11) Dah pandai letak baju kotor sendri dlm bakul pkaian kotor dlm bilik..
12) Berat masih lagi around 8.5-8.9kg sekejap turun sekejap  naik tp x cecah2 ke angka 9kg waaaaa... selalu je dgr org complain nape qaisara tu kecik sgt, ringan sgt... xmkn ke??? Actually mkn je malah kat rumah pengasuh selalu kta qaisara makan byk.. but i realize yg qaisara suka mkn kalo ade geng.. kalo mkn sorang2 xla laju sgt tp kalo suap dia smbil suap sepupu2 dia msti dia pun laju jgak...Tp alhamdulilah waktu cekup kt klinik baru ni grafnya dah naik cikit huhu kalo tak susah hati sgt mama...
13) Suka sgt menyakat org nk2 lg 'mak'(nenek) nya. Ada je idea dia, wat lari beg ubat mak la, wat lari tudung mak la hehe...  Kat rumah pengasuh lak qaisara selalu wat lari puting kawan  dia ( sofea), kalo tgk sofea tu ngah hisap puting huhu....
14) Suka manja2 ngan kakak Aqilah tp selalu gaduh ngan kakak Alesya.
15) Dah tak suka tido dlm buai (tp kat rumah pengasuh masih guna buai).
16) Dah pandai pujuk2 org. Kalo mama wat ngajuk2 ckit msti qaisara akan panggil dlm nada cm nk memujuk hehe (tau pun adik tkot kalo mama ngajuk ;-) )

Hehe byk lg sbnrnye progress Qaisara tp xdpt la nk ingat semua. Jgn risau lain kali mama update lg ye sayang...


                                                             Anak Mama Dah Besar!!!


Qaisara di usia 1 Tahun 6 bulan

Khamis, 6 September 2012

MENGIDAM!!

Salam,
hehe saje wt tajuk cmtu kan.. sebenarnya bukan mengidam but lebih kpd teringin la. Bese tak rasa kadg2 tba2 je tekak kita ni terasa nk makan sesuatu. Teringin sgt smp teringat2, termimpi2 n teringau-igau hehe over laaa tu kan... Mesti pernah kan!! Tipu la kalo kata xpernah tu huhu... Sejak 2minggu pas raya ni, saya sbnrnya teringin sgt nk mkn mempelam muda!!! Nk wat colek... Bestnye, gulp...gulp..(smpt lg telan air liur smbil taip entry hehe)..

Hal nie terjadi saya rasanya sebab sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh qaisara, byk jgak la sy tgk pokok mempelam yg tgh berbuah dgn lebatnya. Mcm2 jenis buah mempelam ada, ada yg kecil, ada yg besar ada mempelam epal dsb...Area kawasan perumahan tersebut cm dah jd trend agaknya pemilik rumah akan tanam pokok mempelam depan rumah, so termasuk la rumah pengasuh qaisara nie. Tp kan... tp kan...  segan la nk mintak kuikui...... Niat  nk mntak tu selalu ada, tp bila smp je kt rumah pengasuh, terus tak terkata apa2, ambik qaisara, borak2 sikit sal perkembangan qaisara untuk hari tu n terus masuk kete, balik huhu...



Wow Yummy..Yummy...
Sumber Gambar: Google

Semalam, balik dr sekolah, masuk2  je rumah mata terus terpandang pada beberapa biji buah mempelam atas meja. Hoooyee, hepinye, xtau lak buah mempelam yg abah tanam pun de buah, kalo tau mmg dah lama dh mntak ( nmpk sgt area kawasan umah sendiri pun x explore, yela dah pokoknya kt blakang umah hehe). Pastu terus mntak ma tlg kupaskan (ngada2 kan kupas buah pun nk suh2 ma hehe)..Tp ari semalam saya berpuasa, so kna la tggu waktu berbuka dulu, kalo tak mmg time2 tu gak licin mempelam tu..

Dah siap dikupas.. Tq ma...

Makan ngan Kuah Rojak Mak BEE.. Terbaik  dr penang!!

 ni lak tggu masa nk ngap dlm mlut je huhu...


Tp yang tak syoknye, makan semalam xde geng, mkn colek ni best mkn ramai2 tau, biar mkn berebut2 bru la marbeles... Terus teringat kat hubby huhu, coz hubby pun suka gak ngan colek2 ni. Tp kalo hubby buah mempelam ni dia panggil buah pauh. Org kltn tak panggil buah mempelam mybe sbb dialek kltn xsesuai kot utk sebut buah mempelam opss (tekaan saya saja hehe)..Kalo saya biasanya mkn colek, ltak kicap, gula n lada (mmg best), tp kalo hubby dia lbih sukakn colek dgn cuka +gula+ garam kasar+ belacan+cili kecil, hohoho yg nie mmg terangkat... tp saya biasanya akn jamah je coz msih lg tkot utk mkn cuka mentah huhu...




Alhamdulilah tercapai gak keinginan nk mkn colek mempelam tp rasa still tak puas ati coz sbnrnye sy teringin nk mkn buah mempelam yg kecik2 tu a.k.a buah pauh ringgan(hubby la kata) tp mempelam yg abah semlm mempelam lemak so xde la masam sgt hohooo..Tp lebih baik dr xdpt mkn langsung kan...

haaa yg mcm ni la sy nk, lg masam lg best huhu..
sumber: pkcik google gak.

Ni bila wat entry cmni nnti msti de yg wat tafsiran lain kan... hehe jgn pk yg lainn tau sbb cm sya kta td bukan mengidam pun cume TERINGIN..... Sesekali kurasa teringin.....(versi lagu shima kuikui...).  Bg org yg mmg meminati asam cm saya ni, bila2 masa je rasa nk mkn tu, xyah tunggu time mngidam pun ;-)




P/s: Zaman Kecik2 dulu selalu dgr org kata kalo org lelaki  gemar makan asam, dia akan ada ramai anak perempuan!! YEEKEEE???? Pernah Dgr tak?? Hehe cm xcaye je coz abah saya pun salah seorang penggemar asam gak tp anak2 dia balance je 2-lelaki n 2-perempuan haha.... Kuasa ALLAH tiada tandingnya...


Sekian...

Isnin, 16 Julai 2012

Wall Of Photo-Qaisara

Hehe org len wt wall of photo kt wall rumah tp saya nk wt kt blog. nape?? ikut ske la kan, blog sendiri huhu... Actually ni  salah satu en3 yg dah lama beku dlm draf. En3 ni saya wt sempena Qaisara berusia 1 tahun ritu tp xde masa nk complete kan. Tp nk gak publish utk kenang2- an.

                                                                         Hari Pertama

 Hari Ke-2

 Hari ke-5

20 Hari

25 hari

1Month

2 Months

                                                                     2 Month ++

3 Months

4 Months

5 Months

6 Months

7 Months

8 Months

9 Months

10 Months

11 Months

1 Year Oledi....